Posts

Showing posts from December, 2013

Parit Bugis Fest 2013

Image
Pada sangkaan awal, pameran luar untuk tahun 2013 berakhir sempena Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan. Tetapi ketika hari terakhir, ketua kampung Parit Bugis menjemput untuk memeriahkan majlis. Puas untuk menolak, maklumlah penat, kekurangan produk dan modal lagi, tapi entah apa ilmu yang dipakai, mengalah jua akhirnya. P a r i t B u g i s F e s t 2 0 1 3 28 Disember 2013 Padang Sekolah Rendah Jalan Yusuf, Muar, Johor, Malaysia Pelancaran mini RTC (Rural Transformation Center) Dirasmikan oleh ADUN Sungai Balang. YB Zaiton Binti Ismail Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 Dirasmikan oleh wakil Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, Negeri Johor, En Yunus Bin Abd. Bakar Acara pagi dimulakan dengan senamrobik. Segenap lapisan warga komuniti Parit Bugis (tapi kok jawe) memang boleh tahan memeriahkan majlis.

Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan - Angsana 2013

Image
Berjumpa lagi. Laporan ketika diterbitkan promosi sudah pun berlalu. Bagi yang terlepas, mungkin ada yang tertanya apa perkembangan sebelum menutup kalendar 2013. Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan - Angsana Johor Bahru Mall Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Malaysia 13 - 25 Disember 2013 10 Pagi-10 Malam Anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Sekadar berkongsi sedikit gambar corat-coret sekitar promosi yang berlaku. Dikatakan penyertaan pengusaha meningkat hingga 320 usahawan kraf, dari Perlis hingga ke Sabah dibawakan khas dengan keunikan produk masing-masing. Kebetulan waktu musim sekolah, sesuai untuk seisi keluarga. Seperti biasa, pengusaha kraf akan diberikan taklimat oleh petugas serta penganjur utama. Apa yang penting? PRODUK BUATAN MALAYSIA. Jika pengunjung ada terperasan, boleh tolong laporkan pada penganjur, untuk tindakan susulan. Khusyuk. Displin juga pengusaha yang ada. Yang pertama kali kena dengar betul-betul. Usahawan lama, jang

Plak Jejak Usahawan

Image
Berkongsi sedikit tentang projek terbaru, tapi bukan berasaskan larik. Itu yang 'pening aaa'. Tapi kepercayaan pelanggan untuk kita sebagai pengusaha kraf kayu setinggi gunung. Ikutkan hati memang hendak tolak sahaja, maklumlah, bukan bidang kita, larik bukan ukir, tapi dengan peralatan yang tidak seberapa cukup, cubalah sahaja. Gambaran dan idea asal pelanggan untuk membuat sebuah plak atau cenderamata. Pening juga memikirkan. Ukuran yang diminta ialah 7 x 10 inci. 30 unit sahaja. Bolehlah, kalau seribu unit? Masalahnya bukan ada pekerja pun, apa pun kena bincang dengan rakan lain juga. Dua tiga hari berfikir, macam manalah hendak buat? Hendak bermula dari mana? Kayu apa hendak digunakan? Bolehkah buat sendiri? ********************************************************************* Bermula di sini menggunakan sekeping papan.  Langkah seterusnya, potong mengikut saiz yang dikehendaki oleh pelanggan. Buat acuan reka bentuk di atas kertas. Digalakkan menggu

Cenderamata Untuk Skuad 1Malaysia

Image
Pihak penganjur bagi Program Jati Diri Anak Muda Labis telah memberikan kepercayaan untuk membuat cenderamata untuk beberapa penceramah dan jemputan khas pada 16-17 November 2013. Oleh kerana program tersebut sudah berlalu, sekadar berkongsi bagaimana proses ini dilakukan. Pilih kayu yang bersesuaian. Kayu Chengal dipilih. Name log : Neobalanocarpus Heimii. Hardwood, Malaysian Timber. Jika tidak pandai melakar, boleh cetak di atas kertas, terutama jika kuantiti yang banyak. Hendak sembur pun boleh, jika guna pensel ikut acuan yang telah dibuat mungkin agak penat banyak sangat. Elok gunakan kertas yang keras.