Plak Jejak Usahawan

Berkongsi sedikit tentang projek terbaru, tapi bukan berasaskan larik. Itu yang 'pening aaa'. Tapi kepercayaan pelanggan untuk kita sebagai pengusaha kraf kayu setinggi gunung. Ikutkan hati memang hendak tolak sahaja, maklumlah, bukan bidang kita, larik bukan ukir, tapi dengan peralatan yang tidak seberapa cukup, cubalah sahaja.

Gambaran dan idea asal pelanggan untuk membuat sebuah plak atau cenderamata. Pening juga memikirkan. Ukuran yang diminta ialah 7 x 10 inci. 30 unit sahaja. Bolehlah, kalau seribu unit? Masalahnya bukan ada pekerja pun, apa pun kena bincang dengan rakan lain juga.

Dua tiga hari berfikir, macam manalah hendak buat? Hendak bermula dari mana? Kayu apa hendak digunakan? Bolehkah buat sendiri?
*********************************************************************


Bermula di sini menggunakan sekeping papan. 

Langkah seterusnya, potong mengikut saiz yang dikehendaki oleh pelanggan.

Buat acuan reka bentuk di atas kertas. Digalakkan menggunakan kertas yang agak keras. Pening juga pada asalnya, sebab tidak semua kehendak pelanggan boleh diguna pakai sebab kita bukanlah menggunakan mesin otomatik sepenuhnya. Memang kena ubah sikit (banyak pun boleh asalkan menepati kehendak pelanggan, mesejnya sampai). Jangan lupa simpan acuan tersebut, manalah tahu, pelanggan mahu tempah kembali.



Inilah lakaran awal di atas kayu. Jika setakat sekeping dua, terus lakar mungkin tidak ada masalah, tapi kalau kuantiti banyak, bentuk serupa, kenalah buat acuan.

Bila siap melakar, proses membentuk dan menterjemah idea ke atas kayu pun bermula. Apa pun, keselamatan jangan lupa.

Selesai membentuk perkataan, masukkan warna.

Jika tulisan sukar dibaca, masukkan dua atau tiga warna.

Bagaimana? Boleh? Secukup rasa?

Kali pertama buat tempahan sebegini. Harap pelanggan berpuas hati.


Beginilah keadaan siap. Tambahan pelekat pelanggan dan aksesori jika perlu. Hantar... Lega

Terima kasih kepada rakan yang banyak membantu, walaupun mereka ini ada kerja lain, tapi dengan semangat persahabatan, banyak juga jasa mereka. Kalau tidak sudah tentu nama pelarikjohor juga terjejas. Teruskan memandang kehadapan.

Jumpa Lagi...




Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja