Parit Bugis Fest 2013

Pada sangkaan awal, pameran luar untuk tahun 2013 berakhir sempena Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan. Tetapi ketika hari terakhir, ketua kampung Parit Bugis menjemput untuk memeriahkan majlis. Puas untuk menolak, maklumlah penat, kekurangan produk dan modal lagi, tapi entah apa ilmu yang dipakai, mengalah jua akhirnya.

Parit Bugis Fest 2013
28 Disember 2013
Padang Sekolah Rendah Jalan Yusuf,
Muar, Johor, Malaysia

Pelancaran mini RTC (Rural Transformation Center)
Dirasmikan oleh ADUN Sungai Balang.
YB Zaiton Binti Ismail

Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014
Dirasmikan oleh wakil Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara,
Negeri Johor,
En Yunus Bin Abd. Bakar


Acara pagi dimulakan dengan senamrobik.

Segenap lapisan warga komuniti Parit Bugis (tapi kok jawe) memang boleh tahan memeriahkan majlis.



Bersiap sedia untuk merentas desa.

Sukaneka untuk para ibu.

Acara menganyam ketupat. Masak lain kali.

Tarik upih, sekarang orang kampung pun sudah jarang main, anak siber katakan.

Perasmian dan penyerahan oleh ADUN Sungai Balang, kenderaan untuk Koperasi Homestay Parit Bugis. Kampung Lestari Abad 21. 

Memuaskan. Terima Kasih YB! Kampung Parit Bugis kubu kuat tapi jangan lupa teruskan berkhidmat.

Warga kerja disebalik Koperasi Homestay Parit Bugis. Jurugambar jadi sebalik tabir, janji terus mara mengecap kejayaan. harumkan nama kampung.

Melawat tapak gerai usahawan. Produk IKS/PKS tempatan bersedia 'menakluk' pasaran global.

Penyerahan hadiah kepada semua acara yang telah berlangsung. Tahniah!

Acara kesenian menghiasi waktu malam. Santai sahaja.

Perasmian untuk Tahun Melawat Malaysia 2014. Pastikan Homestay Parit Bugis bukan sahaja terbaik di negeri Johor tapi di Malaysia untuk akan datang.


Kehadiran penyanyi era 60-an, A. Halim turut ditunggu oleh penduduk. Beliau diiringi oleh kumpulan kugiran tempatan. Layan~~~



Pastinya tahun 2013 bakal berakhir. Walaupun penat, kadangkala, selama ini menjadi orang sebalik tabir mempromosikan Homestay Parit Bugis, berbaloi dengan apa yang diprolehi. 

Mungkin benar, bisik dan gosip yang kurang enak bakal menerjah kejayaan Koperasi Homestay Parit Bugis. Percayalah anak tempatan, banyak peluang bakal diterima. Kampung sekitar juga boleh menerima tempiasnya. 

Sama-samalah kita bekerja keras bukan untuk sekarang tetapi hingga generasi akan datang.

Majulah kita bersama, susah-senang untuk generasi akan datang. Lubuk sudah ada, joran sudah ada, tinggal umpan yang bagaimana perlu dicari.

Jumpa lagi untuk 2014.


Comments

  1. Apepun usaha yang sangat terbaik... teruskan usaha macam ini, warisan yang harus dipertahankan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja