Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan - Angsana 2013

Berjumpa lagi. Laporan ketika diterbitkan promosi sudah pun berlalu. Bagi yang terlepas, mungkin ada yang tertanya apa perkembangan sebelum menutup kalendar 2013.

Promosi Kraf Malaysia Zon Selatan - Angsana Johor Bahru Mall
Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Malaysia
13 - 25 Disember 2013
10 Pagi-10 Malam
Anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Sekadar berkongsi sedikit gambar corat-coret sekitar promosi yang berlaku. Dikatakan penyertaan pengusaha meningkat hingga 320 usahawan kraf, dari Perlis hingga ke Sabah dibawakan khas dengan keunikan produk masing-masing. Kebetulan waktu musim sekolah, sesuai untuk seisi keluarga.



Seperti biasa, pengusaha kraf akan diberikan taklimat oleh petugas serta penganjur utama. Apa yang penting? PRODUK BUATAN MALAYSIA. Jika pengunjung ada terperasan, boleh tolong laporkan pada penganjur, untuk tindakan susulan.

Khusyuk. Displin juga pengusaha yang ada. Yang pertama kali kena dengar betul-betul. Usahawan lama, jangan lupa berikan contoh terbaik.

Selepas taklimat, boleh sambung kemas, ada yang sampai 12 tengah malam.

Tempat kecil, produk besar, pening kepala hendak susun? Tepuk dahi gayanya..

Permata Ilham Larik a.k.a pelarikjohor. Hiasan berkolaborasi bersama Yoo Airani Ent yang kebetulan bersebelahan. Elemen alam cuba ditampilkan.



Dibuka kepada orang ramai.

Hebahan yang agak gempak.

Kita lihat pula sambutan, pengunjung dan pengusaha dalam menarik perhatian.

Jidor terbesar dari Parit Jawa, Muar, Johor.

Yoo Airani terkenal dengan tumbuhan orkid.


Manik, mutiara dan aksesori wanita yang banyak diusahakan olehkan  Sabah dan Sarawak. Tidak perlu naik 'belon'.

Usahawan kompang paling dekat, Larkin sahaja.. JB (Tuan rumah).

Anyaman Rotan yang majoriti dari 'nogori'. Juriah Kraf.

Pilihan anyaman rotan, pelbagai pilihan diberikan, tinggal pilih sahaja.

Demontrasi pembuatan labu sayung yang terkenal di negeri Perak.

Pengunjung boleh mencuba mewarna atas tempurung. PERCUMA.

Kuih tradisional tidak dilupakan.

Makanan pantai timur - Sata. Resepi diubahsuai sedikit selera Johor, pedas satu kemestian sebab itu beratur.


Persembahan kebudayaan untuk pengunjung.

Keroncong mengimbau nostalgia.

Rakan usahawan, selain membuat promosi, bertegur sapa saling bertukar pandangan.

Gurau senda sesama usahawan, dialek masing-masing pekat, buat-buat faham sudah.

Gulung Tikar bukan bermakna tidak laku, tapi terlajak lari$$$. Tikar Sarawak, walaupun harganya boleh tahan tapi siapa yang tahu kualitinya pasti tidak akan melepaskan peluang, sukar dicari. 


Berakhirlah kalendar Promosi dan Jualan untuk kalendar 2013 anjuran Perbadanan kemajuan Kraftangan Malaysia. Ucapan terima kasih kepada penganjur yang bertungkus-lumus menjayakan acara terbesar di zon selatan. Bagi usahawan yang kurang 'mencengkam', adat berniaga itu biasalah. Mungkin, susun atur lot mungkin perlu diperbaiki. 

Jumpa lagi jika ada umur yang panjang di tahun 2014...







Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja