Info Larik (Woodturning)

Apa itu Larik? 

Pengertian yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian dari pendapat peribadi. 

Larik selalunya disamakan dengan ukiran tetapi sebenarnya adalah berberbeza. 

Contohnya masak air dan nasi. Kata kerja sebenarnya ialah menjerang air atau menanak nasi bukan masak. 

Begitu juga jika menggunakan bahan pewarna. Tidak semua yang melibatkan warna itu diistilahkan sebagai mewarna.Ada istilah lain seperti mencanting atau menconteng.

Namun, sesetengah erti kata kehidupan biasa untuk mudah difahami begitulah tanggapan orang ramai.

Begitu juga dalam istilah kosa kata dalam bahasa inggeris. Pada permulaannya, bila bertemu dengan pelanggan luar negara, paling pantas terpaksalah menggunakan perkataan 'carving' (ukiran) atau woodworking (kerja kayu). Tapi sebenarnya ada kosa kata khas.

Lama kelamaan, ketika dilaman sosial facebook, barulah terbuka luas apabila masuk bersama mereka. Saling mempelajari bahasa yang sesuai kerana mereka suka berkongsi hasil kerja atau pendapat.

Paling penting kita terus-terang mengaku tidak cekap berbahasa inggeris dan gunakan bahasa yang ringkas juga mudah supaya komunikasi lebih mudah. Google Translater pun ada walaupun adakala tidak tepat.

Woodturning adalah perkataan yang diterjemah dalam bahasa inggeris. Ada juga orang menggunakan istilah lathe (pronounced /ˈleɪð/ )  sebutan lidah melayu ada panggil (lay). Lathe ini bermaksud kepada mesin pembuatan.      

Macam kelas tuisyen pula.

Woodturning = Kayu larik
Lathe = Mesin larik
Chisel = Mata larik / pisau / pahat unuk melarik.

"Larik merupakan satu teknik pertukangan seni. Proses memotong, buang dan bentuk, bercirikan sfera atau bulat dengan cara berpusing secara paksi. Menggunakan mata pahat / pisau khas untuk membentuk melawan kelajuan, penglihatan akan memandu kepakaran untuk membentuk mengikut yang ingin dihasilkan.

Teknik ini boleh menggunakan medium bahan mentah seperti logam dan kayu.

Hasil produk larik banyak diterapkan dalam senibina (tunjuk langit, kekisi atau nesan), perabot (kaki kerusi atau meja), keperluan rumah (mangkuk, cepu, lesung kayu), alat musik (kompang, marwas), permainan tradisional (gasing)."
-Muhammad Amzari Bin Md Husaini (1982) a.k.a pelarikjohor






















































Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja