Cenderamata Untuk Skuad 1Malaysia


Pihak penganjur bagi Program Jati Diri Anak Muda Labis telah memberikan kepercayaan untuk membuat cenderamata untuk beberapa penceramah dan jemputan khas pada 16-17 November 2013.


Oleh kerana program tersebut sudah berlalu, sekadar berkongsi bagaimana proses ini dilakukan.

Pilih kayu yang bersesuaian. Kayu Chengal dipilih. Name log : Neobalanocarpus Heimii. Hardwood, Malaysian Timber.

Jika tidak pandai melakar, boleh cetak di atas kertas, terutama jika kuantiti yang banyak. Hendak sembur pun boleh, jika guna pensel ikut acuan yang telah dibuat mungkin agak penat banyak sangat. Elok gunakan kertas yang keras.


Hasil acuan yang telah dibuat.

Alat yang akan digunakan. Trimmer. Mudah. Kecil. Router pun boleh, tapi besar .
Tenggelamkan huruf mengikut acuan. Hati-hati, jangan terlalu dalam secara terus untuk mengelakkan mesin trimmer 'memberontak'. Sedikit demi sedikit kedalaman yang diperlukan.

Tambah nilai mengikut kreativiti sekiranya terlalu nampak kosong. Cenderamata ini ditampal dengan gasing yang dibelah dua.

Jangan lupa proses kemasiapan. Licinkan permukaan supaya nampak kemas. Terpulanglah jika mahu tambah warna atau sebaliknya.
Masa untuk penyampaian hadiah.

Walaupun melalui proses yang agak penat, tapi agak puas hati jika hasilnya memuaskan.


Terima Kasih keran memberi kepercayaan. Walaupun kadangkala nampak mudah, pengalaman juga membezakan hasil kerja kita. Sentiasalah belajar dari kesilapan.

Jumpa lagi!!






Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja