Posts

Showing posts from August, 2014

Salam Qaseh Lebaran 2014

Image
21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435 Hotel M-Suites Johor Bahru Anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor. Sebenarnya selesai Kursus Keusahawanan Kraf, Cawangan Johor telah mengadakan satu majlis keraian sempena lebaran. Walaupun sudah dipenghujung, suasananya masih lagi terasa. Sambil itu, diharap mampu mengeratkan hubungan sesama pengusaha juga kakitangan kraftangan. Pusing-pusing pun jumpa lagi. Macamlah besar sangat kan? Hahaaa.. Namun dalam kegembiraan, majlis tetap berlangsung secara sederhana. Apatahlagi, negara kita diselubungi tragedi.  Sembah salam takziah kepada keluarga mangsa nahas MH17 dan jangan lupa Gaza yang masih lagi bermandi darah. Apa agaknya yang berlaku?  Nama pun nampak unik kan?

Kursus Usahawan Kraf Zon Selatan

Image
20 - 21 Ogos 2014 M-Suites Hotel, Johor Bahru Anjuran : Bahagian Usahawan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Ibu Pejabat dan Cawangan Johor) Difahamkan bagi Zon Selatan ini, pengusaha kraf berdaftar Johor dan Melaka untuk menyertai kursus untuk menambah pengetahuan. Syukur pelarikjohor bersama rakan usahawan kraf dari Labis ini, pergi naik satu kereta. Jimat. Ingatkan orang makan gaji saja kena pergi kursus, tukang kayu pun kena juga. Sesekali pun bagus juga. peniaga kecilan sesekali kena tempat berkualiti, terasa juga macam ahli korporat. Terasa juga diiktiraf. Selalu kat bengkel saja. tempat berhabuk, berselerak. Tidak begitu? Laporan ini tidaklah lengkap mana, tapi sekadar berkongsi situasi. Yok, tengok jap apa yang berlaku. Pengarah Cawangan memberi kata aluan.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1435 Felten

Image
15 Ogos 2014 / 19 Syawal 1435 7.45 Malam Dewan Semai Bakti Felda Tenang, Labis, Johor Selamat Hari raya Aidilfitri ingin diucapkan kepada para pembaca. Sedar atau tidak begitu cepat Ramadhan telah berlalu dan Syawal pun sudah hampir ke minggu terakhir.  Tahun ini beraya di Kuala Selangor sebelah emak. Maklumlah ada promosi Aidilfitri di Kompleks kraf Kuala Lumpur. Sudah alang-alang katakan berayalah sampai hari keempat.  Sesiapa yang teringin untuk mengambil peluang puasa enam, masa kian suntuk.  Teringat lagi masa mula datang ke Felda Tenang, masa itu lepas raya juga. Ketika itu dua tahun lepas. kalau cerita bab makan, ehem, dapat pegang seketul ketupat segera sahaja. Itu cerita lama. Tahun ini, dapatlah makan lemang, rendang, aiskrim, mee kari dan sate (sikit orang bagi, malas beratur). Tahun ini, syukur dipanjangkan usia. Inilah komuniti yang saya ada. Berkongsi sedikit suasana hari raya di Felda Tenang atau FELTEN... Kita tengok persiapan dahulu...

Cepu Cermin edisi Raya 2014

Image
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Selesai sudah hari lebaran baru hendak berkongsi. Sebenarnya ini produk untuk (R&D) yang diberikan oleh Pereka Kraftangan Cawangan Johor.  Produk ini sudah pun dijual ketika Promosi dan Jualan Aidilfitri di Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Terima kasih kepada pelanggan yang telah memilikinya sebagai koleksi. Harga promosi telah pun berakhir. Pada awal cadangan, mereka meminta untuk mebuat sebuah bekas kuih yang boleh nampak isi dalam mengunakan penutup berkaca.  Tapi ada sedikit perubahan mengikut kesesuaian. Jom, saja mahu berkongsi cara pembuatannya. Bentuk asal kayu. Kayu leban/halban (Vitex spp.) Mula-mula fikir hendak tempah, tapi bila kita fikir masa dan kos bahan, kenapa tidak? Penutup periuk pun boleh. Gandingan kayu dan penutup periuk. Apa pula kesudahannya? Chewah..