Selamat Hari Raya Aidilfitri. Selesai sudah hari lebaran baru hendak berkongsi. Sebenarnya ini produk untuk (R&D) yang diberikan oleh Pereka Kraftangan Cawangan Johor. Produk ini sudah pun dijual ketika Promosi dan Jualan Aidilfitri di Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Terima kasih kepada pelanggan yang telah memilikinya sebagai koleksi. Harga promosi telah pun berakhir.
Pada awal cadangan, mereka meminta untuk mebuat sebuah bekas kuih yang boleh nampak isi dalam mengunakan penutup berkaca.
Tapi ada sedikit perubahan mengikut kesesuaian. Jom, saja mahu berkongsi cara pembuatannya.
|
Bentuk asal kayu. Kayu leban/halban (Vitex spp.) |
|
Mula-mula fikir hendak tempah, tapi bila kita fikir masa dan kos bahan, kenapa tidak? Penutup periuk pun boleh. |
|
Gandingan kayu dan penutup periuk. Apa pula kesudahannya? Chewah.. |
|
Teknik sama, larik. apa lagi naik mesinlah. Tapi proses ini agak cepat sikit sebab kita perlu buat bawahnya saja. Kita perlu ukur mengikut saiz penutupnya. |
|
Yang ini kita buat teknik 'inlay' masukkan kulit telur (egg shell). Ini rumit sikit, banyak kerja. Gam lagi. |
|
Macam inilah kalau dah siap gam. |
|
Macam inilah kalau sepadan dengan penutupnya. Tapi belum siap. Sebab kalau ikutkan penutupnya itu plastik jadi tidak nampak kreatif. |
|
|
Penutupnya kita masukkan tali dan lebihan kayu yang terbuang. Tali jut lagi bagus. Tali rapia tu agak-agaklah kan? |
|
Setelah kita hias cermin di atasnya barulah nampak kelainan. |
|
Siap diperagakan. |
|
Tambah nilai dengan aksesori jaitan dan paku tekan (thumbtack). Macam mana? |
|
|
Macam-macam sudut ditambah nilai. |
|
|
Sedia menghiasi ruang meja untuk menjamu tetamu. Oleh kerana tidak kedap udara dan air, jangan letak berkuah pula. Setakat makan berbungkus (gula-gula) atau ketupat untuk hidangan tidak menjadi masalah. |
Baiklah setakat ini dahulu untuk dikongsi bersama. Pelarikjohor ingin menyusun jari sepuluh kepada semua.
Maaf zahir dan batin
Syawal 1435
pst : Alhamdulillah puasa cukup, zakat fitrah pun langsai.
facebook under progress - pelarikjohor woodturning
Comments
Post a Comment