Kursus Usahawan Kraf Zon Selatan
20 - 21 Ogos 2014
M-Suites Hotel, Johor Bahru
Anjuran :
Bahagian Usahawan
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Ibu Pejabat dan Cawangan Johor)
Difahamkan bagi Zon Selatan ini, pengusaha kraf berdaftar Johor dan Melaka untuk menyertai kursus untuk menambah pengetahuan. Syukur pelarikjohor bersama rakan usahawan kraf dari Labis ini, pergi naik satu kereta. Jimat.
Ingatkan orang makan gaji saja kena pergi kursus, tukang kayu pun kena juga. Sesekali pun bagus juga. peniaga kecilan sesekali kena tempat berkualiti, terasa juga macam ahli korporat. Terasa juga diiktiraf. Selalu kat bengkel saja. tempat berhabuk, berselerak. Tidak begitu?
Laporan ini tidaklah lengkap mana, tapi sekadar berkongsi situasi. Yok, tengok jap apa yang berlaku.
Pengarah Cawangan memberi kata aluan. |
Nampak? Macam kelas tuisyen matematik tak? Kan? - SME Corp |
Taklimat daripada Pegawai Kastam tentang GST. |
Komunikasi dua hala. Pertanyaan dialukan. |
Bab soal jawab, memang tidak cukup waktu. |
Sesi Minum Petang bersama pegawai kraf, penceramah jemputan dan pengusaha secara santai |
Minum selepas setiap sesi tidak memberi ruang perut untuk berasa lapar. Kuikui. |
Sesi penyampaian sijil dipenghujung program. |
Sesi bergambar beramai. Gambar ini boleh dimuat turun di facebook kraftangan Johor. 'Like jer' |
Ada saja. Sempoi untuk semua pihak. |
Apapun ucapan setinggi tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan program ini termasuk yang disebalik tabir. 'Terbaeeek'.
Secara pribadi sebagai usahawan JDT, ini kali pertama berseminar di lokasi agak mewah. Sebelum ini ada, tapi kursus teknikal dan bimbingan. Kali ini mungkin ada keseimbangan.
Bagi Pengarah Cawangan Johor, mungkin ini kali terakhir beliau disini. Ucapan jutaan terima kasih buat beliau yang banyak membangunkan industri dibumi Harimau Selatan. Walaupun bukan anak tempatan, jasa dan budi tetap dikenang.
Didoakan semoga berjaya dan jangan lupa singgah mana-mana usahawan Johor jika berkesempatan. Kedatangan tuan kami alukan.
Setakat ini lagi penulisan ini.
Comments
Post a Comment