Salam Qaseh Lebaran 2014

21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435
Hotel M-Suites Johor Bahru
Anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Johor.

Sebenarnya selesai Kursus Keusahawanan Kraf, Cawangan Johor telah mengadakan satu majlis keraian sempena lebaran. Walaupun sudah dipenghujung, suasananya masih lagi terasa. Sambil itu, diharap mampu mengeratkan hubungan sesama pengusaha juga kakitangan kraftangan.

Pusing-pusing pun jumpa lagi. Macamlah besar sangat kan? Hahaaa..

Namun dalam kegembiraan, majlis tetap berlangsung secara sederhana. Apatahlagi, negara kita diselubungi tragedi. 

Sembah salam takziah kepada keluarga mangsa nahas MH17 dan jangan lupa Gaza yang masih lagi bermandi darah.

Apa agaknya yang berlaku? 

Nama pun nampak unik kan?

Walaupun buat kat hotel, kuih raya pun ada. Maksud? Jangan lupa asal-usul kan? Simbolik gitu.

Sementara menunggu tetamu, sesi bergambar tuan rumah.

Bicara waktu makan, beri sahaja petanda, tidak perlu ditunggu.

Nampak sahaja lensa, sempat bergaya. 
Rakan Usahawan Johor.

Makan percuma, memang 'terbaeeek'.. hehe. (Mekacih kot)

Tulang belakang sebalik tabir industri. Tak kenal maka tak cinta. 

Pernah dinyatakan sebelum ini, sambil menyambut lebaran, ini juga majlis perpisahan Tuan Pengarah Cawangan.

Jasamu dikenang

Para usahawan tidak melepaskan peluang bersalaman mengucap maju jaya.

Sebelum pulang, ada penyanyi jemputan. Karpet Merah tuuu.. Hehe. Ini dia yang selalu bagi rekaan untuk produk baru. Kakitangan Kraftangan Johor.


Memohon susun jari sepuluh kepada semua kakitangan Kraftangan Johor terutamanya yang mungkin tidak mampu memenuhi segala kehendak peringkat cawangan. Sentiasa juga berterima kasih kepada kakitangan yang sentiasa memerhati, menjaga juga membimbing usahawan Johor walaupun dikalangan kakitangan juga bukan anak tempatan.

Buat rakan usahawan kraf, kita berada dikelompok yang bukanlah besar. Esok lusa jumpa lagi. Terkasar, bergurau juga berseloroh itu mungkin ada yang kurang enak.Kepada 'otai' selama ini banyak juga menumpahkan ilmu, terima kasih. Usahawan muda, betul, adakala sebagai penerus tradisi ini nampak gah pada nama, perjuangan terlalu berliku kadangkala. Terpulang pada perjuangan masing-masing.

Buat yang lain-lain, mungkin peringkat ibupejabat, jika terbaca, mohon maaf jika masih kurang mengenali peringkat tertinggi. Pelanggan, terima kasih kerana andalah penyambut bagi kami yang pengusaha kraf untuk untuk terus hidup.

Baiklah. Jumpa lagi. Terima Kasih kepada semua pihak.

Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja