Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1435 Felten

15 Ogos 2014 / 19 Syawal 1435
7.45 Malam
Dewan Semai Bakti
Felda Tenang, Labis, Johor


Selamat Hari raya Aidilfitri ingin diucapkan kepada para pembaca. Sedar atau tidak begitu cepat Ramadhan telah berlalu dan Syawal pun sudah hampir ke minggu terakhir. 

Tahun ini beraya di Kuala Selangor sebelah emak. Maklumlah ada promosi Aidilfitri di Kompleks kraf Kuala Lumpur. Sudah alang-alang katakan berayalah sampai hari keempat. 

Sesiapa yang teringin untuk mengambil peluang puasa enam, masa kian suntuk. 

Teringat lagi masa mula datang ke Felda Tenang, masa itu lepas raya juga. Ketika itu dua tahun lepas. kalau cerita bab makan, ehem, dapat pegang seketul ketupat segera sahaja. Itu cerita lama. Tahun ini, dapatlah makan lemang, rendang, aiskrim, mee kari dan sate (sikit orang bagi, malas beratur).

Tahun ini, syukur dipanjangkan usia. Inilah komuniti yang saya ada. Berkongsi sedikit suasana hari raya di Felda Tenang atau FELTEN...

Kita tengok persiapan dahulu...

Kain rentang dari Adun Tenang, Parlimen Labis. Maklumlah, kubu kuat. Hehe

























Malam sudah menjelma...

Kehadiran Adun Tenang, Pengurus Felda dan beberapa Ketua masyarakat




















Baiklah, kalau ikutkan banyak lagi kepingan tapi panjang pula nanti. Jika hendak ikutkan macam tidak cukup sahaja makanan, tapi tujuan majlis ini ialah merapatkan perpaduan dalam masyarakat. Hendak cari salah memang mudah tapi titik persamaan itu kadangkala mudah tersasar.

Menyusun jari sepuluh kepada semua sekiranya ada tersilap dan terkasar.

Syukur penerimaan positif dengan komunti setempat setakat ini. Terima kasih. Jumpa lagi di penulisan lain. 

pstt.. Youtube pun sudah siap untuk laporan video... 

http://www.youtube.com/watch?v=UT49WVEO36E&list=UUvaxVkhqQBJxNI3QOtTXV2A


Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja