Posts

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Image
  MEGRA  50" UHD LED 50D1000X REVIEW   Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca pelarikjohor. Salam bertemu kembali. Pada 2020 kali ini, rasanya ini kali pertama penulisan untuk kembali aktif. Bukan tidak ada, cuma tahun ini dilihat mencabar terutama ketika negara ini dilanda wabak Covid-19 dan sudah tentu mengambil kira ketentuan politik negara juga menjadi satu faktor mengubah situasi 'suam-suam kuku'. Harap yang lain bersabar sahajalah.  Kali ini, demi menghidupkan kembali kita tulis review tv. Hendak buat Youtube, malu pula. Kita tulis sajalah. Musim PKP ini, entah selera jadi lain bila terperap. Oleh kerana pergerakan terbatas, calit-calit di aplikasi membeli-belah, Shopee, ternampak pula tv murah dan berbaloi rasanya. Sebelum membeli sempat juga masa PKPP ini, meninjau di kedai elektronik sekitar.  Bab harga, memang berbeza. Tapi risau juga hendak membeli barang besar, agak mahal tapi berisiko. Terbayang pula kalau rosak macam mana pula. Jadi sebelum

KARNIVAL KRAF & PERLANCONGAN LABIS 2019

Image
KARNIVAL KRAF DAN PERLANCONGAN LABIS 1 - 10 FEBUARI 2019 0800-2300 DATARAN LABIS, JOHOR D.T Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi dalam penulisan kali ini. Lama sungguh tidak kemaskini blog. Terima kasih kepada mereka yang masih lagi mengikuti perkembangan dan carian 'pelarikjohor'. Penulisan kali ini untuk membuktikan bahawa pelarikjohor masih lagi aktif. Cuma penulisan blog ini tidaklah terlalu kerap. Bagi capaian pantas bolehlah ke laman 'mukabuku' (facebook) pelarikjohor. Kali ini apa yang ingin hendak dikongsikan ialah aktiviti luar berkaitan promosi dan jualan.  Agak lama juga pelarikjohor tidak terlibat kerana lebih gemar beroperasi sebalik tabir. Promosi kali ini tidaklah jauh tapi selama 10 hari agak mencabar jugalah.  Dulu ketika bujang sampai naik kapal terbang jauh ke utara tiada masalah. Terima kasih kepada Koperasi Homestay Similian Felda Tenang atas jemputan. Minta maaflah jika tidak sempat menghadiri

Cahaya Lariks - Lampu Meja

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi dalam penulisan kali ini. Terima kasih kepada yang sudi dan rajin membaca blog ini.  Pejam celik lama juga sudah menulis blog ini. Malangnya, tidaklah sekerap mana. Artikel selama ini agak beberapa kerat sahaja. Tapi syukur, masih terdapat juga, ramai yang memberi reaksi sama ada laman sosial atau terus menghubungi nombor telefon atau aplikasi 'Whatsapp'. Terima kasih. Kali ini apa yang ingin dikongsi ialah sebuah rekaan yang diberi kepercayaan oleh Kompleks Kraf Johor, melalui pegawai perekanya, Encik Aizat bin Sahaharudin.  Rekaan ini ialah pada sekitar bulan Oktober 2017. Ketika itu, sebenarnya telefon bermasalah. Al-maklumlah mempunyai anak kecil. Namun, tidaklah sukar untuk menghubungi, terutama aktif dilaman sosial facebook pelarikjohor . Baiklah. tanpa membuang masa. Jom lihat bagaimana proses pembuatan ini terhasil. Lakaran awal yang diberikan.

The Putars - Bekas Kuih Berputar

Image
"The Putars" - Bekas Kuih Berputar Rekaan Kompleks Kraf Johor Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat tahun baru 2018. Tidak sangka artikel ini ambil masa setahun. Terperap. Baiklah bertemu lagi dalam penulisan terbaru yang ingin dikongsikan tentang rekaan terbaru.  Bertemakan musim perayaan utama negara ini iaitu bersempena Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017. Melibatkan mengenai kuih raya.  Pun begitu, tidak ada proses larik berlaku dalam perkongsian kali ini. Rekaan kali ini juga bersempena dengan Promosi dan Jualan Warna-Warni Aidilfitri di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Ucapan terima kasih juga kepada unit rekaan dari kakitangan Kompleks Kraf Johor atau Cawangan Johor Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Rekaan ini diilhamkan oleh Encik Aizat Bin Sahaharudin manakala perjalanan pembuatan juga penghasilan dibawah pemantauan Encik Fahazanie Sandy Bin Halim. Rundingan awal.

Jelajah Usahawan Miti dan Agensi 2017 - Labis

Image
Jelajah Usahawan MITI dan Agensi 2017 28-29 Julai 2019 Dataran Labis, Johor Darul Takzim 8 Pagi - 10.30 Malam Anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi dalam penulisan kali ini berkisah kepada aktiviti luar berkaitan promosi Jualan dan Pameran yang telah disertai oleh Permata Ilham Larik atau dikenali Pelarikjohor. Pertama sekali mengucapkan terima kasih kepada Majlis Daerah Labis yang menjemput usahawan kecil (PKS) dibawah payung mereka.  Tidak lupa kepada orang kuat MITI, juga merupakan Timbalan Menteri MITI yang yakin merancakkan program di sekitar Labis kerana beliau juga merupakan ahli parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong. #CTY4U Tahniah juga kepada semua tulang belakang atau sebalik tabir yang menjayakan program kali ini. Penulisan kali ini agak terlewat sedikit, seminggu selepas acara ini berlangsung. Maaf. Kesibukan kerja.  Tidak banyak untuk dikongsi memandangkan kamera

Rak TV 2017 - D.I.Y

Image
RAK Televisyen (TV) - (Do It Yourself - D.I.Y) Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar kepada pembaca? Masih ada yang masih setia untuk singgah? Maklum sahajalah bukanlah aktif sangat menulis. Penulisan kali ini ialah pembuatan atau proses rak tv atau kabinet tv.  Rak ini untuk kegunaan sendiri sahaja. Maklumlah semenjak ada anak kecil ini, sudah mula untuk meneroka. Lasak. Tidak kiralah lelaki atau perempuan. Rekaan ini, bukan apa, jimatlah sikit. Barangnya pun boleh didapati di kedai perkakasan binaan biasa.  Gaya santai jika siarannya kurang menarik perhatian. Bergantung juga kadar 'metabolisme'.

Karnival Eko Pelancongan Labis 2017

Image
KARNIVAL EKO PELANCONGAN LABIS 2017 TARIKH : 18 & 19 MAC 2017 MASA : 9 PAGI - 11 MALAM LOKASI : PUSAT REKREASI KOLAM AIR PANAS Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang masih lagi mengikuti perkembangan pelarikjohor.  Pejam celik sudah masuk 2017. Cepat sungguh masa berlalu. Biarpun tidak aktif dalam penulisan blog, pelarikjohor masih boleh diakses di laman sosial facebook atau instagram untuk perkembangan lebih pantas.  Aktiviti pembukaan untuk tahun ini yang ingin dikongsikan ialah sebuah jualan, promosi atau karnival yang telah dijalankan pada hujung minggu lepas. Berkesempatan ini, ingin merakamkan terima kasih kepada pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Labis (MDL), pemimpin tempatan terutama Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong (CTY4U) tidak lupa Adun Tenang, Y.B Mohd Azhar Bin Hj Ibrahim (mesra panggilan Tok Ai), juga penghulu serta ketua kampung komuniti setempat yang turut hadir. Terima kasih juga kepada penganjur yang