Jelajah Usahawan Miti dan Agensi 2017 - Labis

Jelajah Usahawan MITI dan Agensi 2017
28-29 Julai 2019
Dataran Labis, Johor Darul Takzim
8 Pagi - 10.30 Malam
Anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu lagi dalam penulisan kali ini berkisah kepada aktiviti luar berkaitan promosi Jualan dan Pameran yang telah disertai oleh Permata Ilham Larik atau dikenali Pelarikjohor.

Pertama sekali mengucapkan terima kasih kepada Majlis Daerah Labis yang menjemput usahawan kecil (PKS) dibawah payung mereka. 

Tidak lupa kepada orang kuat MITI, juga merupakan Timbalan Menteri MITI yang yakin merancakkan program di sekitar Labis kerana beliau juga merupakan ahli parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong. #CTY4U

Tahniah juga kepada semua tulang belakang atau sebalik tabir yang menjayakan program kali ini.

Penulisan kali ini agak terlewat sedikit, seminggu selepas acara ini berlangsung. Maaf. Kesibukan kerja. 

Tidak banyak untuk dikongsi memandangkan kamera telefon juga kamera digital dilihat kurang 'sihat'. Ada sedikit gambar yang mampu dikongsikan terutama dikalangan pengusaha kraf. 

Program yang telah pun berjaya dilaksanakan.




Harap-harap banyak lagi aktiviti akan dijalankan di Labis kelak.

Aktiviti yang telah pun dijalankan.

Banyak aktiviti sokongan.

Baiklah kita jengah pula usahawan kraf yang turut serta. Bermula dari usahawan kecil dari sekitar Labis.

Suasana sekitar Dataran Labis

Gerai pelarikjohor

Turut memberi sokongan ADUN Tenang, Tok Ai

Turut berkongsi tapak Apar Leather.

Kayu Warisan.


Chik Man Nursery.

Gasing Warisan Melayu

Nahar Impian

Yoo Airani turut serta belakang tabir

Pelita Raya Bateri yang pernah tersiar di Majalah 3 bulan puasa tempoh hari turut ada. YB pula tolong promosi nampaknya.

Usahawan baru pelapis Kayu Warisan.

Selain itu, terdapat juga usahawan kraf bernaung dibawah Kompleks Kraf Johor atau Kraftangan Johor turut serta.


Terkenal dengan produk cenderahati. Hudariz Creative.


Usahawan membangunkan produk dari serat nenas. Future 7.

Datang dari Pontian.

Bos pembuat ukiran dari Serom, Zalikraf.

Barangan hiasan dan aksesori wanita.


Pembuat kasut tempatan berkualiti import.

Tahniah usahawan kraf Pamerkraf yang tiba-tiba menang gerai terbersih

Juga usahawan manik yang langkah kanan sebagai gerai terceria.

Bagi mereka yang mencari kraf tempatan bolehlah 'like' atau 'suka' laman sosial facebook Kompleks Kraf Johor. 

Satu lagi usahawan kompang dari Parit Jawa tetapi hadir dibawah Majlis Daerah Muar.

Usahawan Parang dibawah Majlis Daerah Kluang


Di atas merupakan antara rakan kraf yang hadir bersempena Jelajah Usahawan MITI (JUM) yang turut serta memeriahkan majlis. 

Kita intai pula gerai lain dan aktiviti yang berlangsung.


Turut diceriakan oleh Konti Johor.fm

Terima ksaih pada juruhebah yang ceria.

Kemudahan surau turut disediakan.

Cabutan bertuah menanti.

Aktiviti mewarna untuk kanak-kanak.

Meriah untuk seisi keluarga.

Pertandingan pakaian bertema patriotik.


Pertandingan gubahan.



Persembahan Buskers

Permainan dianjurkan agensi

Permainan Gasing Labis yang mendapat perhatian pengunjung.

Kemeriahan sampai ke malam.

Tahniah kepada penganjuran Labis Top Spinning.


Acara ekstrem dan profesional.


Aktiviti yang jangan ditiru di rumah atau tanpa pengawasan penjaga.


Pemeriksaan kenderaan percuma.


Urusan bersama Jabatan Pengankutan Jalan juga disediakan.

Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi?

Tawaran pekerjaaan di sektor swasta dibuka.

Pemeriksaan gigi buat warganegara tempatan.

Pos Malaysia pun ada menawarkan perkhidmatan.

Acara penyerahan dekoder MYTV kepada BR1M terpilih. Sekarang siaran sudah digital sekitar Labis.

Persembahan artis, penyanyi kumpulan Slam atau dikenali Zamani.


Gerai buah-buahan.

Gerai makanan juga ada.

Pelbagai bangsa mewarnai JUM.

Banyak acara menarik disediakan.

Syabas #cty4u yang senang didekati.


Baiklah setakat ini sahaja penulisan kali ini. Sebenarnya banyak lagi cuma tidak berkesempatan.

Namun, penganjuran kali ini diharapkan supaya dilain masa susunan gerai disediakan lebih teratur dan selesa bukan sahaja untuk peniaga tetapi pengunjung juga.

Diharapkan dengan penganjuran aktiviti yang menyediakan pentas perusahaan kecil sebegini mampu diteruskan.

Semoga Labis menjadi destinasi terpilih buat pelancong dan pemain ekonomi kecil kelak.

Jumpa lagi di lain penulisan.








Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja