KARNIVAL KRAF & PERLANCONGAN LABIS 2019
KARNIVAL KRAF DAN PERLANCONGAN LABIS
1 - 10 FEBUARI 2019
0800-2300
DATARAN LABIS, JOHOR D.T
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bertemu lagi dalam penulisan kali ini. Lama sungguh tidak kemaskini blog.
Terima kasih kepada mereka yang masih lagi mengikuti perkembangan dan carian 'pelarikjohor'.
Penulisan kali ini untuk membuktikan bahawa pelarikjohor masih lagi aktif. Cuma penulisan blog ini tidaklah terlalu kerap. Bagi capaian pantas bolehlah ke laman 'mukabuku' (facebook) pelarikjohor.
Kali ini apa yang ingin hendak dikongsikan ialah aktiviti luar berkaitan promosi dan jualan.
Agak lama juga pelarikjohor tidak terlibat kerana lebih gemar beroperasi sebalik tabir.
Promosi kali ini tidaklah jauh tapi selama 10 hari agak mencabar jugalah.
Dulu ketika bujang sampai naik kapal terbang jauh ke utara tiada masalah.
Terima kasih kepada Koperasi Homestay Similian Felda Tenang atas jemputan. Minta maaflah jika tidak sempat menghadiri mensyuarat persediaan walaupun berkali-kali. Bukanlah boikot. Masa tidak mengizinkan.
Betul. Sekarang pelarikjohor turut terlibat dibawah Homestay pertama di daerah Segamat Johor.
Tidak dinafikan, dahulu pelarikjohor aktif dibawah Koperasi Homestay Parit Bugis, Muar. Itu merupakan kampung arwah atuk.
Kini 'melompat' atau berhijrah ke Labis lebih kurang 5 atau 6 tahun, tidak sangka juga tertubuhnya homestay atau inap desa.
Bagi pelarikjohor bukanlah sesuatu yang kekok tetapi bagi usahawan tempatan mungkin masih lagi kabur keyakinan hala tuju sektor pelancongan ini memberi impak kepada mereka.
Promosi kali ini sebagai langkah pertama. Kekurangan itu biasalah.
Terima kasih juga kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan, Majlis Perbandaran Segamat, Majlis Daerah Labis (MDL), ADUN Tenang, Parlimen Labis dan tidak lupa perasmian oleh Exco Pembangunan Wanita dan Pelancongan Johor.
Selamat Datang ke Labis |
Cukuplah satu meja. |
Maaf gambar kurang berkualiti. |
Usahawan barangan kulit. |
Usahawan dari kertas suratkhabar. |
Pengusaha paip pun ada. |
Pelukis lain harga. |
Khusyuk |
Gasing permainan rakyat. |
Demostrasi canting |
Bukan memasak tetapi Gasing Sepetik Tenang. |
Usahawan yang terkenal di seluruh dunia dari Labis. |
Jentera Koperasi Homestay Similian Felda Tenang |
Detik pelancaran acara. |
Exco pun boleh tahu Pertandingan Jauhar Collection. |
Setelah sekian lama, tahnian kepada penganjur yang berjaya menganjurkan pertandingan bermain gasing.
Turut serta pasukan dari seluruh negara termasuk Singapura. Khabarnya Brunei berhasrat sertai cuma waktu perlawanan satu hari dikatakan tidak berbaloi.
Tahniah Perak sebagai Juara. |
Tempat Kedua dimenangi Putrajaya |
Tempat Ketiga Tanjung Gading, Muar |
Tempat keempat ialah Kuala Lumpur.
Manakala tuan rumah dari Felda Tenang yang menghantar dua pasukan kecundang. Tapi pujian kepada semangat pemain yang masih lagi meneruskan permainan rakyat.
Syabas dan Tahniah. |
Diharapkan penganjuran lain kali dapat dilaksanakan dalam Felda Tenang sebagai acara tahunan.
Selesailah acara mempromosikan produk Labis.
Jika diperhatikan memang benar majoriti karnival ini ditawan oleh orang-orang Felda Tenang walaupun daerah kecil Labis terdiri banyak lagi felda dan kampung.
Terima kasih atas usaha Koperasi Homestay yang menghimpunkan usahawan tempatan untuk menonjolkan produk dan perkhidmatan.
Semoga apa yang ditonjolkan oleh pihak koperasi mendapat manfaat bersama. Walaupun 'kek yang kecil tapi dapat dirasai bersama'.
Inilah peluang bagi usahawan kecil yang lain dapat penjenamaan sendiri terus kepada pelanggan.
Terima kasih kepada yang masih sudi singgah ke laman pelarikjohor.
Wassalam dan jumpa lagi penulisan lain kali
Comments
Post a Comment