Karnival Eko Pelancongan Labis 2017

KARNIVAL EKO PELANCONGAN LABIS 2017
TARIKH : 18 & 19 MAC 2017
MASA : 9 PAGI - 11 MALAM
LOKASI : PUSAT REKREASI KOLAM AIR PANAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang masih lagi mengikuti perkembangan pelarikjohor. 

Pejam celik sudah masuk 2017. Cepat sungguh masa berlalu.

Biarpun tidak aktif dalam penulisan blog, pelarikjohor masih boleh diakses di laman sosial facebook atau instagram untuk perkembangan lebih pantas. 

Aktiviti pembukaan untuk tahun ini yang ingin dikongsikan ialah sebuah jualan, promosi atau karnival yang telah dijalankan pada hujung minggu lepas.

Berkesempatan ini, ingin merakamkan terima kasih kepada pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Labis (MDL), pemimpin tempatan terutama Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong (CTY4U) tidak lupa Adun Tenang, Y.B Mohd Azhar Bin Hj Ibrahim (mesra panggilan Tok Ai), juga penghulu serta ketua kampung komuniti setempat yang turut hadir.

Terima kasih juga kepada penganjur yang memberi ruang kepada usahawan kecil untuk turut serta memeriahkan karnival ini terutama usahawan kraf.

Harap aktiviti seperti ini bukan sahaja mampu menarik lebih ramai pelancong luar untuk menaikan lagi destinasi menarik di pusat rekreasi sekitar Labis tetapi mampu memberi tempias dalam membangunkan lagi komuniti sejahtera dan sihat untuk penduduk setempat. 

Tanpa membuang masa marilah kita tinjau kembali apa yang telah pun berlaku tempoh hari.

Selamat Datang ke Labis.



Sebenarnya karnival ini telah pun dirancang penghujung tahun 2016 tetapi ditunda bagi memberi laluan pengubahsuian secara berperingkat bagi memastikan keselesaan pengunjung dipenuhi.

Mujurlah tahun ini perancangannya telah direalisasikan. 

Sebenarnya banyak boleh dikongsi tetapi mungkin sekali imbas boleh di

Hebahan yang ditularkan.

Aktiviti yang dirancang.

Hebahan media sebelum berlangsung.

Media pelbagai saluran.

Sambutan yang menggalakkan.

Sebagai penyelaras pusat kraf Labis, menumpang tuah sepanjang karnival ini berlangsung.

Ruang niaga termasuk pengusaha kraf yang diberikan peluang untuk menonjol.

Usahawan kayu perabot, Kayu Warisan.

Usahawan perintis kraf, Yoo Airani dengan kayu hanyut.

Warisan Tenang dengan gasing, permainan tradisi.

Usahawan kelainan upaya yang mempertaruhkan barangan kulit.

Chik Man Nurseri pun ada dengan tumbuhan flora identiti Labis.

Puan Halimah (Mak Ngah) dengan hasil anyaman rotan.

Hasil gulungan kertas surat khabar, pengusaha dari Redong.

Baru berjinak, bidang jahitan, saja cuba-cuba. Koleksi Permata Ilham, Hampir sama pula nama.

Pelarikjohor atau Permata Ilham Larik juga ada turut serta namun sedang sibuk jadi wartawan kampung, gambar sendiri pun terlupa.

Jangankan pula suruh swafoto, malu. Tidak biasa buat begitu.

Jika ada kalangan pembaca mahu menghubungi pengusaha kraf yang terdapat di Labis ini, seperti di atas atau untuk mencari lagi, bolehlah pergi ke laman sosial facebook iaitu Pusat Kraf Labis ataupun boleh juga ke laman sesawang www.pusatkraflabis.weebly.com.

Mudah sahaja. Sekarang pun zaman moden, maklumat dihujung jari.

Baiklah, berita ini nampaknya condong, mengutamakan usahawan kraf pula. Memang pun.

Kita alih pula sedikit aktiviti pengisian dan sokongan bagi sepanjang karnival ini berlangsung.


Asal pagi sahaja bersenam.

Aktiviti merentasi gender.

Cuti sekolah pula, mengisi jadual sang cilik.

Semoga pihak keselamatan diri  di jalan raya sentiasa dijadikan ikhtibar.


Pakaian hanyalah darjat duniawi.

Melebarkan dunia imaginasi.

Menempiaskan keriangan.

Pengalaman mendewasakan.

Usia bukan penghalang.

Pentarama oleh Kementerian Penerangan mengisi hiburan ketatanegaraan.

Sebenarnya banyak lagi acara yang telah dijalankan termasuklah pemeran kereta, karaoke, persembahan kugiran, explorace dan beberapa sukan rakyat yang tidak muat untuk dicoretkan.

Apa yang berlaku pastinya agak memenatkan bagi tenaga kerja belakang tabir. 

Penganjur dan sukarelawan terutama terdiri dikalangan belia tempatan. Tahniah dan syabas kepada mereka. 

Sudah pasti mereka ini berasa penat dalam melicinkan lagi semua program yang diatur. 

Berkhidmat kepada komuniti bukanlah sesuatu keuntungan boleh dikecapi sekelip mata, kadangkala kesannya memakan masa yang agak panjang. Semoga usaha ini, tempiasnya menghasilkan sesuatu yang positif dan terkesan. 

Malah sambutan orang kampung dan komuniti setempat juga memainkan peranan untuk bersama mewujudkan imej yang selesa juga mesra kepada pelawat kelak. 

Sebalik tirai.

Sebelum mengakhiri penulisan kali ini, mungkin ada sedikit cadangan kepada pihak yang berkenaan barangkali akan terbaca.

Menjeling akan minat pihak tertentu untuk menjadikan Labis destinasi terpilih, terdapat kawasan lapang di sekitar pusat rekreasi dilihat terbiar. Mungkin pelan pembangunannya masih jauh.

Mungkin kawasan tersebut boleh diturap, atau diratakan sebaik mungkin, agar bukan sahaja untuk selesa mata memandang tetapi boleh juga sesuai gunakan oleh orang awam

Lokasi yang perlu diambil sedikit perhatian.

Cetusan karnival atau temasya sebegini perlu dilihat satu titik langkah yang konsisten bagi menganjurkan lagi acara-acara lain kelak.

Mungkin setelah kawasan itu diratakan boleh digunakan sebagai kemudahan tempat letak kenderaan jika ada acara lain.

Boleh jadi juga, seperti dataran Labis, bergantung kepada kebenaran pihak berkuasa tempatan jika ada penganjur lain ingin membuat aktiviti.

Aktiviti sukan berbasikal, permotoran, tapak niaga (jualan bonet) atau apa sahaja yang bersesuaian tidak mendatangkan kemudaratan, boleh menarik minat pengunjung selagi kawasan lapang tersebut boleh dimanfaat sebaik mungkin.

Apa pun hanyalah cadangan kasar, jika dirasakan perlu. 

Jangan pula cadangan ini, dijadikan bahan untuk mencetuskan kontoversi pula. Saling menuding pula. Saling juga mengelak.

Baiklah. Setakat ini dahulu penulisan pertama untuk tahun 2017.

Harap pembaca teruskan mengikut perkembangan. Mudahan tahun ini rajin sikit menaip kembali.

Terima kasih.






Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja