The Putars - Bekas Kuih Berputar

"The Putars" - Bekas Kuih Berputar
Rekaan Kompleks Kraf Johor


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat tahun baru 2018.

Tidak sangka artikel ini ambil masa setahun. Terperap.

Baiklah bertemu lagi dalam penulisan terbaru yang ingin dikongsikan tentang rekaan terbaru. 

Bertemakan musim perayaan utama negara ini iaitu bersempena Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017. Melibatkan mengenai kuih raya. 

Pun begitu, tidak ada proses larik berlaku dalam perkongsian kali ini.

Rekaan kali ini juga bersempena dengan Promosi dan Jualan Warna-Warni Aidilfitri di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Ucapan terima kasih juga kepada unit rekaan dari kakitangan Kompleks Kraf Johor atau Cawangan Johor Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Rekaan ini diilhamkan oleh Encik Aizat Bin Sahaharudin manakala perjalanan pembuatan juga penghasilan dibawah pemantauan Encik Fahazanie Sandy Bin Halim.


Rundingan awal.




Proses mendapatkan ilham. Bersepah. Biasalah.

Beginilah lakaran di atas kayu yang dipilih. Tapak

Bahagian tangkai.

Bahagian apabila telah dicantumkan.




Gambaran posisi atas.

Posisi tepi. Macam mana?

Sisi 3D. 


Balang kuih diletakkan.

Kedudukan balang dari atas.

Tangkai selesa dipegang juga stabil tidak jatuh.

Sesuai digunakan dimusim perayaan atau keraian.


Baiklah sampai disini dahulu penulisan untuk kali ini.

Berkesempatan kali ini juga mengucapkan takziah kepada usahawan gasing di Melaka iaitu Remi Azizi yang kehilangan ayahnya. 

Marilah kita sedekahkan al-Fatihah dan maafkan juga halalkan makan-minum beliau. 

Banyak juga memori dengan arwah pak Karim dalam siri jelajah promosi juga jualan anjuran PKKM. 

Facebook Remy Azizi @ pendekar kayu pusing.

Beliau dikatakan mempunyai masalah jantung dan pernafasan.


Baiklah. Jumpa lagi lain penulisan.

Terima kasih kerana sudi lagi membaca.








Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja