MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

 MEGRA  50" UHD LED 50D1000X REVIEW

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca pelarikjohor.

Salam bertemu kembali.

Pada 2020 kali ini, rasanya ini kali pertama penulisan untuk kembali aktif.

Bukan tidak ada, cuma tahun ini dilihat mencabar terutama ketika negara ini dilanda wabak Covid-19 dan sudah tentu mengambil kira ketentuan politik negara juga menjadi satu faktor mengubah situasi 'suam-suam kuku'.

Harap yang lain bersabar sahajalah.

 Kali ini, demi menghidupkan kembali kita tulis review tv. Hendak buat Youtube, malu pula. Kita tulis sajalah.

Musim PKP ini, entah selera jadi lain bila terperap.

Oleh kerana pergerakan terbatas, calit-calit di aplikasi membeli-belah, Shopee, ternampak pula tv murah dan berbaloi rasanya.

Sebelum membeli sempat juga masa PKPP ini, meninjau di kedai elektronik sekitar. 

Bab harga, memang berbeza. Tapi risau juga hendak membeli barang besar, agak mahal tapi berisiko.

Terbayang pula kalau rosak macam mana pula.

Jadi sebelum membeli online, jangan lupa baca komen pembeli terdahulu dan rating kedainya. jangan terburu.

Setelah ditapis jumpa satu jenama Megra. Katanya buatan Malaysia. Apa salahnya.

Ada dua pilihan sebenarnya yang berbaloi dibeli bagi jenama Megra.

Megra 50D1000X Smart TV (50 inci) dan D45 Android-9 TV (45inci) Macam gred durian. Keduanya Ultra HD dan 4K.

Bila fikir balik, sistem kita boleh tambah macam guna android box (kemudian hari). Mana tahu tiba ada android 12 tv box. 

Tiada pula kita dengar ada orang mahu tambah saiz. Paling tidak beli baru.

Jika mahu melihat perbezaan resolusi 4K, jika tidak silap sekurangnya UHD 40" keatas.

Jadi jika masih menggunakan tv 32 inci kebawah, perbezaan tidak dapat sangat dikenal pasti.

Lagipun keduanya RAM agak rendah dan ruang storan agak terhad.

Inilah dia 50D1000X Smart TV


Pilihan hati untuk permulaan.

 

Masa mula-mula tinjau harga kalau tak silap RM 1099. Selepas itu jadi RM1159. Tak lama jadi RM1199. Harganya masih murah. Tetap 'Sold Out'. Tidak termasuk penghantaran. Tapi nampak seperti turun semula. 

Harga dikedai biasa tidak dapat sebegini. Harga boleh sama, tapi incinya kurang.

Kalau sama pun, FHD pula (Full HD). Jadi kena teliti sedikit buat pilihan.

Nampak seperti 'laku keras' macam 'pisang goreng'. Sambar sahaja. 

Spesifikasi secara ringkas

Pilihan ikut citarasa. Ada orang perlukan saiz.

Ada pula cerewt spesifikasi sistem, lengkap semua ada. Saiz bukan ukuran. Satu alat kawalan jauh.

Pembungkusan boleh tahan.


Penghantaran Menggunakan khidmat J&T. Selamat. Cuma dalam sistem lambat kemaskini. Tahu barang sampai. Tiga hari dengan pantas dan selamat.

Terbaca, katanya pakai 'The Lorry' lambat sedikit. Tidak pastilah macam mana 'The Lorry'. 

Terujalah juga. TV lama dalam 32inci.


Alat Kawalan jauh macam biasa. Sama sahaja. Bateri 3A/AAA.


Bateri ada disediakan. Kalau tiada pun apa salahnya beli. Berapa sahaja pun. Setahun pakai, bila lemah, tekan kuat sikit. Biasa buat macam itu kan? Tukarlah.

Sisi tepi belakang.


Jika dilihat ada dua USB sahaja, Satu VGA, dan untuk antenna (built in DVBT2).

Susunan USB ini terlalu rapat. Jika ada pendrive yang gemuk sikit, satu sahajalah boleh guna. Sempit. Solusi, gunakan wayar tambahan (extension).

USB pun rasanya bukan 3.0. Tapi boleh guna.

Untuk ujian USB, menggunakan pemacu USB yang sama tapi format yang berbeza.

Malah telah diuji pemacu keras luaran (HDD 1.5 TB USB 3.0) tiada masalah. Masih laju. Mungkin baru lagi.

Untuk USB, sesiapa yang ada pemacu luaran (hard disk / pendrive), setakat ini, hanya dalam bentuk NTFS. ExFat nampak gayanya tidak dikesan. Mungkin pengeluar boleh keluarkan satu 'update software'.

Untuk media, banyak boleh dimainkan menggunakan pemain media sedia ada. H.264, H.265 atau HEVC, 10bit. Mp4, MKV, yang kebiasaan juga boleh. Gambar jelas.

Menyokong sarikata luar dalam satu fail. Jika anda ada satu filem berserta dengan format sarikata dalam satu fail, nama yang sama. tiada masalah. (fail jenis .srt)

Sisi belakang.

Optical Spdif tiada tetapi ada coaxial out. Masih sesuai bagi yang ada amplifier / home theater jenis lama. Menyokong Dolby 5.1 atau DTS biasa bukan DTS HD (melainkan amplifier anda mampu menyokongnya).

Ujian coaxial berjaya. Bergegar rumah. Haha.

Bagi speaker dalaman terletak dibawah bunyinya boleh tahan. Bolehlah. Mahu lagi bagus, gunalah home teater tetapi bagi audio DTS HD, speaker dalaman (sedia ada) tidak dapat dimainkan. 

HDMI pula ada tiga dan satunya menyokong Arc. Ketiga HDMI menyokong CEC jika peranti lain anda juga ada fungsi yang sama.

Jika amplifier lama kebanyakan menggunakan Coaxial atau Spdif bagi menyokong audio maksima DTS.

Tapi amplifier baru sudah menggunakan HDMI Arc terutama menyokong Dolby Atmos.

CEC? Menggabungkan beberapa peranti dalam satu alat kawalan. Contoh Android box atau pemain Blue Ray. Untuk CEC TV, sudah tersedia tapi kalau tidak boleh, boleh masuk ke dalam sistem seperti di bawah.


CEC  juga melalui HDMI mampu hantar audio dolby dari peranti luar masuk ke dalam tv. Contoh anda menghubungkan Android Box menonton video, tetapi audio disambung keluar (output) Coaxial di TV (Jika android box tiada optical/coaxial berbentuk digital untuk disambung ke home theater).

Pastikan peranti lain juga dapat menyokong  CEC baru boleh dilakukan.

Dvbt2 built in.

Sekarang ini, kebanyakkan tv sekarang tidak perlukan lagi dekoder tambahan siaran digital. Senang, satu alat kawalan.

Selain TV, ada disediakan aplikasi sedia ada seperti Youtube, Netflix, Prime Video yang memerlukan sambungan internet. Wifi setakat ini tiada masalah.

Pastikan liputan kuat dan data mencukupi. Baru best.

Bagi Mirror Screen/ Miracast, sambungan menggunakan telefon setakat ini macam tidak berjaya. Tak tahulah, masalah telefon atau tv. 

Setakat ini, resolusi gambar automatik, tiada manual. 4k, 1080p atau 720p setakat ini,tiada masalah. tidaklah pecah sangat. 

Sudah cuba, animasi Initial D, 480p pun nampaknya tv ini bijak juga.

Sempat juga layan Lord of The Rings tapi 1080p 7.1. 

Bila lihat

Dikatakan berat dalam 9.5 kg.


Disarankan lekat dinding. Kaki yang disediakan nampak macam kurang yakin, terutama jika ada anak kecil atau permukaan kurang stabil.

Video Sample 4K. Video ok, cuma audio dekodernya nampak tidak semua boleh dimainkan tanpa amplifier luar.

Ujian kali ini menggunakan android box.

Android 9, 4GB RAM 64 ROM. SPDIF.


Setakat ini, itu sahajalah dulu.

Dari segi harga dengan saiz dan smart tv (asas) berbaloi untuk dimiliki.

Terima kasih atas kesudian singgah. harap dapatlah membantu anda untuk membuat keputusan.

Ops... Nanti.. Jika anda berminat dan ada duit lebih, MEGRA dalam laman fb ada mengeluarkan skrin 55 inci.

Apa? Rasa mahu mengeluh pula. Cuma tambah sedikit saja (rasanya lingkungan tambah seratus dua) ketika promosi.

Saranan, sudah alang, sambar saja yang baru tu.

Megra 55" UHD LED 55D1000X
 

Antara saiz yang sedia ada dan bakal keluar. Tunggulah kalau sabar dan pastinya berbaloi.

Ikuti di laman sosial pelarikjohor yang lain. Ada masa kita review produk lain pula. 

Sepatutnya berita kraftangan, tapi tak mengapa rasanya. 

Jumpa lagi. Apa pun kita update lain lagi.




#megra #review #pelarikjohor #50D1000X #unboxing



 

 

 

 

 

Comments

  1. macm mna tv?ok? ada prob?honest answer pwease. bercadg nk grab 58” tv.

    ReplyDelete
  2. Bang tv ok x? Saya cadang nak beli 1.

    ReplyDelete
  3. Dah tak dapat harga tu sekarang. Market dah naik. Tp apa2 pun mmg bagus tv ni. Jenama tiada masalah yg penting kualiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. Pakai TV Megra kah? Ok ke tv ni? Teruja tengok harga, masih lago murah compare to harga brand yang dah establish. Thanks

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Ada tak code, utk jadikan remote Astro abg remote tv? Utk on/off dan control suara?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum tuan. Amacam tv Megra tu sekarang? Masih gagahkah? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya ok. saya memang puas hati sangat dgn tv megra ni tapi bukan rezeki saya sebab anak tarik n tv jatuh pecah screen.

      Delete
  7. Salam.. Betul ke brightness tak boleh ejas...?

    ReplyDelete
  8. saya paka led tv 40 jenama merga sudah 5 bulan,ok gambar cantik kualiti pon terbaik..beli masa promosi RM600 lebih....

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, saya guna TV jenama ni 50" 4k UHD Smart TV and try Connect guna hard disk Seagate 2TB 3.0 usb...tapi tak muncul la...boleh saya tau tak nk buat macm mne supaya boleh connect Hard disk ke TV?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja