Cahaya Lariks - Lampu Meja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu lagi dalam penulisan kali ini. Terima kasih kepada yang sudi dan rajin membaca blog ini. 

Pejam celik lama juga sudah menulis blog ini. Malangnya, tidaklah sekerap mana. Artikel selama ini agak beberapa kerat sahaja.

Tapi syukur, masih terdapat juga, ramai yang memberi reaksi sama ada laman sosial atau terus menghubungi nombor telefon atau aplikasi 'Whatsapp'. Terima kasih.

Kali ini apa yang ingin dikongsi ialah sebuah rekaan yang diberi kepercayaan oleh Kompleks Kraf Johor, melalui pegawai perekanya, Encik Aizat bin Sahaharudin. 

Rekaan ini ialah pada sekitar bulan Oktober 2017. Ketika itu, sebenarnya telefon bermasalah. Al-maklumlah mempunyai anak kecil. Namun, tidaklah sukar untuk menghubungi, terutama aktif dilaman sosial facebook pelarikjohor.

Baiklah. tanpa membuang masa. Jom lihat bagaimana proses pembuatan ini terhasil.

Lakaran awal yang diberikan.





Setelah mendapat lakaran, masa untuk menterjemah dari kerja kepada pencarian bahan mentah yang bersesuaian.

Macam biasa. Pelarikjohor memilih kayu leban. 


Bahagian asas. Buat yang mudah dahulu.

Siap untuk satu set.

Cubaan mencantum bahagian. mencari sudut sesuai.

Setelah semua komponen dicantumkan.

Selesai kemasiapan, komponen elektrik pula perlu berhati-hati.

Beginilah keadaannya. Mentol itu boleh diganti dengan yang saiz kecil.

Pelbagai variasi lampu / mentol boleh digunakan.

Siap dan sedia menerangi ruang kamar.

Rekaan kali ini boleh digunakan untuk lampu meja atau lampu tidur. Sesuaikan penata cahaya mengikut kehendak. Sama ada terang atau sedikit malap.

Rekaan kali ini sebenarnya masih kurang berpuas-hati terutama sedikit bahagian sambungan. Bagaimanapun, rekaan percubaan ini mungkin boleh dipertingkatkan lagi penggayaan sudut corak/motif larik.

Baiklah setakat ini dahulu.

Terima kasih kepada semua yang masih berikan sokongan dan komen murni.

Salam Muafakat Johor.









Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis