Rak TV 2017 - D.I.Y


RAK Televisyen (TV) - (Do It Yourself - D.I.Y)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar kepada pembaca? Masih ada yang masih setia untuk singgah?

Maklum sahajalah bukanlah aktif sangat menulis.

Penulisan kali ini ialah pembuatan atau proses rak tv atau kabinet tv. 

Rak ini untuk kegunaan sendiri sahaja. Maklumlah semenjak ada anak kecil ini, sudah mula untuk meneroka. Lasak. Tidak kiralah lelaki atau perempuan.

Rekaan ini, bukan apa, jimatlah sikit. Barangnya pun boleh didapati di kedai perkakasan binaan biasa. 


Gaya santai jika siarannya kurang menarik perhatian. Bergantung juga kadar 'metabolisme'.




Serangan 'vandalisme' boleh berlaku tanpa dijangka.
Kebanyakkan kabinet tv dipasaran pun biasanya ukurannya hampir sama senang untuk 'diceroboh' selain kurang kukuh. Dipanjatnya bimbang roboh, manakala bahannya pun bukanlah begitu mesra air. Tumpah susu/air, kembang. 

Sesetengah orang tampal pasang di dinding. Boleh juga. Jika hanya tv sahaja sesuai juga. Jika ada pemain cd/dvd/blue-ray, home teater lagi... Hehehe.. 

Dipendekkan cerita...

Inilah kayunya. Papan biasa saja.
Untuk kali ini,menggunakan papan 1x6inci. Terpulanglah hendak guna saiz berapa yang penting ukur sesuai dengan ruang tamu dan kelengkapan elektronik sedia ada. 

Hendak guna kayu baik, harganya mungkin jadi taruhan. Jika rasa ada papan lama atau terpakai, pastikan kekukuhannya boleh menampung beban.

Jangan terlalu berjimat sampai 'bakhil' nanti ada pula kena hempap. 

Ukur dan pastikan sebelum papan dipotong.

Jangan malu guna pembaris dan sesiku L. Lakar bentuk dan corak dikehendaki.

Corak mudah dipilih.
Jika hendak mudah, biarkan empat segi pun memadai. Tapi jika hendak nampak cantik tambahkan sedikit corak. Corak ini, kita boleh ambil inspirasi dari geometri seperti pemanis, lubang angin, pemidang dalam senibina terdekat. 

Malas sangat carian 'google' sahaja. Jika rajin tengok senibina masjid, rumah lama atau wakaf.


Cuba dahulu.

Rekabentuk yang ini menggunakan citarasa tanggam.


Proses seterusnya mengecat.

Pilihlah warna tema dikendaki.


Mengimbas keadaan sebelum.

Selepas.

Bukanlah hendak kata lawa atau cantik tetapi setidaknya nampak tersusun.

Biasa-biasa sahaja.

Tersusun

Pandai panjat kerusi, budak panjang akal menyesuaikan persekitaran.

Baiklah setakat ini, penulisan kali ini.

Sekadar berkongsi cerita terbaru.

Jumpa lagi dalam kerajinan akan datang...






Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja