Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2016

Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2016
24 - 27 November 2016
10 Pagi - 10 Malam
Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC),
Ayer Keroh, Melaka, Malaysia
Anjuran : Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Memanjat syukur penulisan kali ini, berkongsi tentang aktiviti luar promosi dan jualan bersempena SDSI satu lagi acara tahunan terbesar ditunggu oleh para usahawan. 

Bukan mudah untuk menyertai kerana peluang ini selalunya perlu ditapis juga penggiliran setiap tahun. 

Kali ini, Permata Ilham Larik Enterprise (2009) atau pelarikjohor terpilih buat kali pertama.

Perkara pertama, merakamkan jutaan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) bermula dari Cawangan Johor yang memilih dan memberi kepercayaan.

Terima kasih kepada PKKM dari ibu pejabat (Kuala Lumpur) yang memberi laluan. 

Tidak lupa, PKKM Cawangan Melaka yang menjadi tuan rumah menjaga usahawan kraf berjalan lancar dari permulaan hingga akhir temasya ini berlangsung.

Difahamkan dibawah Pavilion PKKM terdapat 25 usahawan dipilih seluruh negara.

Manakala, usahawan kraf Johor hanya tiga yang terpilih dan kesemuanya dalam bidang kraf kayu.

Baiklah tanpa membuang masa kita lihat sedikit imbasan yang telah berlaku mengikut kaca mata lensa pelarikjohor.


Masuk adalah percuma.



Pelan lantai dan susun atur dalam dewan.

Pelan lantai dan susun atur Menu Malaysia.
Showcase SDSI diperkenalkan pada 2006 yang menghimpunkan produk/perkhidmatan setiap daerah seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Bermakna sudah 10 tahun penganjuran. Tahniah.

Pada 2015, format penganjuran diubah daripada konsep pavilion kepada kluster industri.

Produk/perkhidmatan SDSI yang dipamer dan dijual. 
  • Makanan & Minuman
  • Kraftangan
  • Produk Kesihatan dan Kecantikan
  • Tekstil
  • Homestay

Pelarikjohor

Bidang kraf Hasil Rimba Kayu Larik dan Hiasan.

Payung utama dalam industri selama ini.

Sambutan pengunjung.

Terima kasih juga kepada Gasing Lagenda (Rimy Azizi) dari Melaka yang sudi turut serta dalam booth pelarikjohor.

Aksi si cilik pelapis, Adam Tuah Rimy Azizi turut menjadi tumpuan.

Usahawan Johor - Perusahaan Zalikraf (Muar), Hiasan dan ukiran.

Satu lagi usahawan kraf dari Johor ialah Kreatif ER dari Muar. Kayu ukiran dan senibina. Gambar pula tercicir. Hehe..

Sambutan dalam ruangan kluster Kraftangan.

Usahawan tekstil yang turut serta mengambil bahagian.

Berkesempatan juga berlegar untuk melihat rakan usahawan kraf lain yang turut hadir. 

Walaupun mereka ini ada tidak berpeluang mengikut agensi seperti kraftangan tetapi mereka juga berpeluang mengikuti agensi kerajaan yang lain atau mengikut negeri/daerah masing-masing. 

Jom intai. Usahawan kraf dari Johor. Negeri lain pun ada tapi tidak sempat nak selit semua.


Perusahaan Daya Kraf.Pontian, Johor. Rotan. Dibawah agensi Jabatan Perdana Menteri.

Hapsah binti Jaafar. Muar, Johor. Kompang. Dibawah negeri/daerah.

Parang SM Craft. Kluang, Johor. Parang dan senjata. Dibawah negeri/daerah.

Hari perasmian oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri  (MITI), YB Dato Seri Mustapa Mohamed.

Seminar oleh artis jemputan Afdlin Shauki.

Showcase penganjur utama dari MITI.

Agensi lain yang turut serta.

Banyak peluang untuk perusahaan kecil dan sederhana.

Ruang lot untuk negeri Johor. Luaskan Kuasamu.

Kelantan.

Perlis

Agi idup agi ngelaban.

Tak dapek den nak nolong.

Johan terbaik keseluruhan. Tahniah.

Ok bah kalau kau.

Sawari

Turut serta negara Asean.

Menu dan selera Malaysia setiap negeri.

Buahan tempatan.


Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikongsi. Lebih seronok berpeluang meneroka sendiri.

Tidak perlu jelajah satu Malaysia. Semuanya ikon setiap negeri, daerah juga produk agensi dipamer sebagai mewujudkan peluang terutama sektor perlancongan.

Acara sebegini sewajarnya diteruskan lagi bagi memberi peluang kepada usahawan tempatan terutama sektor perusahaan kecil sederhana membina tapak menjenamakan produk masing-masing.

Terima kasih lagi kepada semua pihak yang telah menjayakan acara terbesar kali ini. 

Jumpa lagi penulisan akan datang.

Wassalam. 



Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja