Bengkel "Fokus Group Discussion" : Kompleks Kraf Johor Kali ke-3

Bengkel "Fokus Group Discussion" : Kompleks Kraf Johor Kali ke-3
7 November 2016
9 pagi - 1 petang
Hotel Grand Paragon, Johor Bahru
Anjuran : Kompleks Kraf Johor (KKJ) kerjasama Iskandar Malaysia (IRDA)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penulisan kali ini, ingin berkongsi tentang satu lagi program kursus, seminar atau bengkel yang terbaru.

Pertama kali mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang berjaya menaiktaraf sesebuah bangunan Perbadananan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Johor yang kini sah bergelar Kompleks Kraf Johor.

Tempias yang terkena pada usahawan negeri Johor ialah pembukaan Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd yang boleh dijadikan platform untuk para pembuat kraf Johor mengetengahkan hasil produk masing-masing.

Tidak dinafikan masih lagi baru beroperasi namun ada beberapa langkah perancangan terutama untuk jangka masa panjang yang mungkin boleh mencuba peluang meluaskan empayar selagimana akad, terma dan syarat itu terpakai untuk kedua belah pihak.

Sebagai langkah permulaan, beberapa usahawan Johor telah diberi keutamaan untuk mempamer juga menjual produk masing-masing.



Surat Jemputan




Atucara majlis

Sesi kali ini selain anggota kerja KKJ dan Karyaneka terdapat juga beberapa agensi lain yang turut terlibat bagi memperkasakan lagi sebagai satu lokasi tumpuan, termasuklah Wilayah Iskandar Malaysia (IRDA), Tourism, Pelancongan Malaysia, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) juga turut hadir beberapa pegawai dari PKKM pusat.

Dikalangan usahawan yang hadir, mereka boleh gunakan peluang ini mendapatkan maklumat untuk menaiktaraf keupayaan produk masing-masing.

Masih alamat lama.

Antara usahawan Johor yang terpilih.

Senarai lampiran usahawan.


Pelan jangka masa panjang dan peluang.

Sesi lebih terbuka apabila agensi kerajaan juga menyumbang idea dan permasalahan.

Pembentangan tentang perancangan dan tindakan boleh diambil.

Berhemah dan komunikasi dua hala.

Sebarang persoalan atau permasalahan akan dirujuk.

Perjumpaan santai sebegini dilihat positif apabila agensi berkaitan turut serta bersama usahawan.

Melihat kepada usaha dan perancangan dibentangkan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke KKJ, usahawan yang berpeluang sebagai permulaan adalah pembuat barangan berbentuk cenderahati dan kegunaan. 

Ini berikutan menyasarkan 70% pelancong luar dan antarabangsa manakala baki menjurus pengunjung tempatan.

Pengukuhan produk berpotensi pula untuk usahawan mestilah bercirikan atau bertema tempatan (Johor tetap Johor), mudah bawa, menarik kreatif, mempunyai label ringkas dan berevolusi.

Terus-terang ini bukanlah bermaksud usahawan patut menjadikan pentas untuk berkeluh kesah kekurangan yang sedia ada. Apa yang terhidang adalah sekadar peluang untuk mencuba. 

Agensi kerajaan hanya akan semampu mungkin menarik lebih ramai pengunjung ke KKJ, manakala soal pembelian terserah kepada bagaimana pengusaha untuk menaiktaraf produk masing-masing.

Sebenarnya banyak juga manfaat boleh diterapkan. Langkah KKJ itu boleh juga diceduk untuk bagaimana untuk membangunkan bengkel pembuatan menarik ramai pengunjung.

Sebagai penyelaras dan setiausaha Pusat Kraf Labis, ada juga cita-cita yang sama menggabungkan eleman kraf kreatif dan pelancongan.

Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.



Jumpa lagi penulisan akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja