Cepu Larrbis 2016

PRODUK : CEPU LARRBIS
BAHAN : KAYU LEBAN (Vitex altissima), TALI LANGSIR & KULIT TELUR
TAHUN/YEAR : 2016 
DIMENSI / UKURAN : 5.5 INCI LEBAR


Selamat bertemu kembali.

Untuk kali ini, tidak mahu menulis panjang, ingin berkongsi sedikit pembaharuan produk cepu (mangkuk bertutup).

Rekaan kali ini, dihantar oleh unit rekaan dan teknikal dari Kompleks Kraf Johor, Fhazanie Sandy b. Halim. Terima kasih kerana memberi kepercayaan untuk terus menghasilkan produk baru.

Lakaran awal.

Walaupun lakaran yang diberikan, tidak dinafikan akan ada perubahan berdasarkan teknik pembuatan, masa juga kos perlu diambil kira supaya dilihat bersesuaian dengan permintaan.




Bahan utama, kayu leban dan pengikat langsir.

Menggunakan kaedah larik atau woodturning.

Lupa, bahan tambahan kulit telur sebab kita akan menggunakan teknik tampalan (inlay).

Proses menampal.
Sebenarnya teknik tampalan sebegini agak leceh. Jika ikutkan hati malas juga hendak buat.

Masa dan kesabaran perlu. Jika tergopoh mungkin hasilnya akan kurang. Perlu memastikan gam betul kukuh dan pemantauan berulang agar melekat kukuh.

Sentuhan kasar.

Selalunya, tekstur dan corak tidak akan timbul pada permulaan. Setelah digosok kemas dan disalut pengilat barulah akan timbul.

Bahagian penutup.

Selalunya bahagian penutup ini agak mencabar sedikit. Kedudukan kecondongan dan saiz mestilah tepat dengan mangkuk. 

Jika sukar, boleh untuk ditanggalkan seketika tetapi harus ingat kedudukannya supaya paksi tidak lari secara ketara.

Jangan terburu bimbang gam akan meleleh.

Selepas digosok secara kasar.

Pasangkan pengikat tirai. Pandangan atas.

Pastikan jarak tali juga tidak terlalu panjang atau pendek.

Siap.

Nampak mudahkan? Agak berapalah hendak diletakkan harga pasaran. Maklumlah orang kita ini bila cakap pasal kos, pandai sahaja menjawab, telur baru berapa sen, kayu tebang sendiri, setakat pengikat tirai tu macam raya lepas punya je. Hehehe.

Baiklah setakat ini sahaja dahulu. Jika ada lagi perkembangan akan dikongsi lagi akan datang.

Terima kasih kerana sudi singgah juga jenguk baca.








Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja