Saiful apek meneroka Labis, JDT?

Penggambaran 'Ride and Species'
Lokasi perusahaan kraf sekitar Labis.
18 November 2015

Selepas berkongsi proses pembuatan produk penulisan lepas. Kali ini, ingin berkongsi berita mengenai kedatangan pelawat di Labis, Johor.

Mengikut rancangan awal, sebuah krew penggambaran dijadualkan untuk ke pusat pembuatan kraf perabot, Kayu Warisan di Pekan Air Panas, Labis.

Pada awal sangkaan, dikatakan pelawak senario yang bakal menjadi hos rancangan, jadi bila dikatakan hanya sebuah lokasi agak lega kerana masih ada tempahan produk yang perlu diselesaikan.

Namun, pada awal pagi mendapat pesanan 'whatsapp' dikhabarkan akan meneroka dibeberapa lokasi termasuk Pusat Pembuatan dan Pengumpulan SDSI di Kolam Air Panas yang dipandu oleh wakil dari Majlis Daerah Labis.

Maka, terpaksalah bergegas untuk mengemas rumah tersebut dengan berat hati. Maklumlah bersepah terbentang luas.

Difahamkan secara ringkas, rancangan ini dikendalikan dua orang hos. Seorang tu, lupa pula. Cuma yang terkenal sorang lagi sahaja diambil berat, Mohd Saifulazam b. Mohammad Yusoff. Tidak kenal?

Erm yang terkenal dengan ayat 'gitu-gitu'. Saiful apek.

Rancangan ini bertemakan program kembara menaiki motosikal berkuasa besar sambil menikmati alam semulajadi dan menemui hasil spesis yang ada. Kurang lebih begitulah. Tajuk 'Ride & Species' ini masih tajuk sementara tertakluk kepada perubahan.

Baiklah kita lihat apa yang berlaku.

Lokasi pertama ialah di

CHIK MAN NURSERY
PERUSAHAAN TANAMAN ORKID
NO.8, JALAN ISMAIL ARIFFIN,
PEKAKN AIR PANAS, 85300 LABIS, JOHOR 
016-9043238 (AZEMAN)
Namun begitu, tidak sempat pula hendak buat liputan, memandangkan sibuk mengemas. Minta maaflah kepada Chik Man kerana tidak turut serta.

Pun begitu, terpaksalah 'cilok' sikit gambar dari laman sosial facebook - aceed buger. Mohon kongsi apa yang sempat dirakam dari lensanya.

Jurugambar mulakan tugas.



Tuan rumah beri penerangan.

Banyak info

Tuuuu diaaa, sampai generasi baru pun masih kenal saiful apek.

'Abang kawasan' perhati dari jauh.


Gitu-gitu... ala... gitu-gitu

Sampai masuk semak ke?


Dari tengah hari hingga ke pukul dua lebih baru sampai ke tempat Kayu Warisan pula...


KAYU WARISAN ENTERPRISE
(JR0038702-X)
LOT 5905, JALAN SAWAH BARU, PEKAN AIR PANAS,
85300 LABIS, JOHOR 
012-7542897 (WATI)

 
Krew penggambaran disaji dengan makan tengahari sebelum meneruskan kerja.
 
Pelawak tapi tengok muka serius sahaja?
 
Orang belakang tabir.


Berminat betul mendengar sambil diberi penerangan oleh En. Azahari.

Belakang kamera? Paparazi menunggu.
Selesai ambil beberapa keping gambar, cepat bergegas ke pusat kraf SDSI di Kolam Air Panas untuk membuat persediaan.

 Tunggu punya tunggu, pukul 6 baru rombongan penggambaran tiba. Jenuh. 

Pusat Pembuatan & Jualan Kraf Labis,
Segamat.

Pusat Pembuatan & Jualan merupakan dibawah seliaan Majlis Daerah Labislah yang dirasmikan oleh Menteri Besar Johor pada 2014Perasmian Pusat Kraf 2014

Pusat ini, diserahkan kepada Persatuan Pengusaha Kraf Labis yang dipengerusikan oleh En. Yunus Ismail.

Rumah kraf ini, menempatkan semua barang juga hasil produk kraf akan dipamerkan di sini.

Walaupun telah setahun dirasmikan, penambahbaikan akan terus dilakukan untuk menghidupkan lokasi ini.
  
Penuh. Macam rombongan pengantin.

Lupa nak kongsi tunggangan dalam penggambaran ini.

 
Pengerusi, En. Yunus sedang menerangkan hasil produk.


 
Turut serta, En. Jaafar  Athan, seorang O.K.U, pembuat kraf berasaskan kulit.



En Rizam pengusaha permainan tradisional, Gasing.

Eh? Macam kenal sahaja? Inikan pelarikjohor? Chewah...

Sampai senja baru habis.

Sepatutnya, sudah berakhir sampai disini, namun memandangkan kebetulan Persatuan Gasing Pangkah Kebangsaan Felda Tenang juga berlatih pada waktu malam, krew penggambaran mahu menyambung untuk menambah babak.

Mereka menyambung kembali pada pukul 10 lebih malam.   

Persatuan Gasing Pangkah Kebangsaan
Felda Tenang (Felten)
Labis, JDT


Gelanggang gasing


Ambil mood nampak gayanya.


Ahli persatuan sedia membantu dan mengajar.


Dicabar budak hingusan?


Gambar kenangan.


Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang mungkin tidak terekod jasanya juga rela hati menjadi tenaga disebalik tabir.

Terima kasih kepada pihak berkuasa tempatan yang sedaya upaya menambahbaik sektor pelancongan di Labis ini.

Mudahan, Labis akan menjadi salah satu lokasi tumpuan bukan sahaja kepada sektor kraf, mungkin juga sektor usahawan kecil lain sekitar Labis untuk menerima tempias.

Bersamalah menjaga nama baik kawasan komuniti ini supaya segala lubuk warisan agar tidak semudah ini terhakis.

Luaskan Kuasamu Johor,
Tanah Tumpah Darahku Malaysia.  



Jumpa lagi penulisan lain waktu.






Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja