Makmal Inovasi Usahawan Seni Budaya Siri 1

MAKMAL INOVASI USAHAWAN SENI BUDAYA
(SIRI 1)
28-30 OKTOBER 2015
HOTEL ANCASA EKSPRESS
UTC PUDU SENTRAL, KUALA LUMPUR
ANJURAN JABATAN KESENIAN KEBUDAYAAN NEGARA (JKKN)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Agak terlalu lama menyepi untuk menulis dan mengemaskini blog kali ini. Ada yang menanti atau tertunggu?

Mohon maaf sekiranya ada jurang masa setiap penulisan kerana komputer mengalami masalah teknikal dan uzur. Maklumlah sejak 2008, kira zaman teknologi sudah ketinggalan.

Penulisan kali ini lebih kepada aktiviti luar dan menimba ilmu.

Terima kasih kepada JKKN Negeri Johor yang memberi peluang kepada usahawan kraf untuk menimba ilmu dan peluang.

Maklumlah, sebelum ini pelarikjohor terlalu condong kepada Kraftangan Negeri Johor. Jarang benar hendak ikut program penganjur lain.

Ketika mengisi borang, pada mulanya memang tiada rancangan lain. Bersetuju pada peringkat awal.

Tapi bila program begitu hampir, tempahan mula masuk. Malah, promosi Hiasan Dalaman & Seni Laman di Kompleks Kraf Kuala Lumpur juga bertembung. Pening difikirkan. Ikutkan hati, memang tidak mahu ikut serta program ini. 

Alhamdulllah, dibawah tekanan, satu persatu mampu diatasi. Rakan kraf yang saling membantu menjadi tulang belakang menjadikan pembahagian tugas lebih mudah.

Terima kasih pada Warisan Tenang (En. Rizam), Kayu Warisan (En. Azahari) juga sekutu kuat di Labis Yoo Airani (En. Yunus). Semuanya rakan kraf di Labis ini.

Baiklah kita lihat apa yang berlaku...


Tajuk program.



Bersedia menimba ilmu


Kompas perjalanan sepanjang program.

Difahamkan seramai 31 orang peserta.

Segala pembentangan dan ucapan direkodkan.

Peserta secara kolektif seluruh semenanjung.

Fasilitator diambil dari kalangan industri untuk membuka minda lebih kreatif.





Penganjur mengharapkan makmal ini berlaku lebih dua hala.


Peserta bukan sahaja melibatkan pengusaha produk tetapi pengeluar perkhidmatan seperti penggiat teater juga seniman.

Setiap peserta diberi peluang berkongsi pengalaman.

Turut menyatukan orang lama dan baru. Percanggahan mencetus persepsi dalam industri.

Penghujung program penganjur memberi sedikit tanda ingatan kepada peserta.


Syukur, program berjalan lancar dan banyak perkara perlu dibangkitkan.

Apapun program yang berakhir pada hari Jumaat sangat kurang selesa kerana terpaksa tergesa.

Khabarnya juga akan wujud siri 2, kesinambungan yang akan membawa kepada peserta untuk membentang produk atau perkhidmatan untuk dikongsikan sesama peserta juga kemungkinan juga ada pemerhati jemputan akan menilai persembahan peserta ini nanti.

Bukan itu sahaja, malah gosip diruang maya juga, ada fasilitator bertaraf koperat akan dibawa khas oleh penganjur pada siri akan datang.

Siapa? Perlulah tunggu untuk sesi seterusnya. 

Bunyinya pun macam teruja juga. Ermm..

Setakat ini sahaja, penulisan kali ini.

Syabas kepada penganjur dan terima kasih atas menjemput.

Jumpa lagi. Kekal setia untuk penulisan akan datang.

Pelbagai kombinasi. Gender, usia dan falsafah. Bunga dua kuntum saja?



Tahniah Johor Darul Takzim kemenangan Piala AFC 2015 yang melakar sejarah negara juga Asia.
Luaskan Kuasamu.
Tanah Tumpah Darahku.






Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja