Kembara Mahkota Johor 2015 - Dataran Labis

Kembara Mahkota Johor 2015
11 Ogos 2015
Dataran Labis, Johor Darul Takzim

DAULAT TUANKU.

Syukur dalam penulisan kali ini, pelarikjohor dalam Kembara Mahkota tidak terlibat secara langsung.

Sebagai orang kebanyakan untuk melihat kehadiran institusi diraja yang terkenal sebagai aktiviti tahunan mencemar duli mengambil berat mengenai jelata dibawah naugannya.

Kali pertama, 2011 di Jorak mewakili Mukim Sungai Balang, bersama ayah, dapat juga bersua secara langsung ke bawah duli Sultan Ibrahim Ismail. 

Begitu kagum dan teruja dengan Sultan Johor yang masih terus kekal merendah diri. Ketika itu, perjalanan sekadar menaiki tongkang biasa diiringi Menteri Besar lama, Tan Sri Ghani Othman.

Kali kedua, 2013 bersama Encik Yunus Bin Ismail dalam diiringi Penghulu Labis, Tok Sabri bin Nozari mempersembahkan produk kraf di One Segamat. 

Bagaimana pun begitu, hanya Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil yang sempat bersua muka. 

Kali ketiga ini, tidak pula terfikir untuk melihat tapi pelawaan rakan, membuatkan terpanggil untuk melihat sekali lagi.

Ketiga siri ini ada dalam laman youtube 'pelarikjohor'.

Nyata, cukup bertuah rakyat negeri ini melihat semangat Sultan Johor yang tidak letih dan lelah mendekati rakyat. Semenjak menjadi Tunku Mahkota sehingga ditabal menjadi Sultan. Inilah sikap yang perlu dicontohi. Daulat Tuanku.

DAULAT TUANKU

Logo kembara tahun ini.



Dataran Labis yang menjadi tumpuan.

Beratur panjang.

Rakyat memenuhi sepanjang jalan menanti ketibaan.


Ketibaan yang disambut meriah.

Ramai yang berkerumun. Tidak jelas dari jauh.

Ada sumbangan yang diberikan.

Ada yang tengok dari jauh.




Sultan Johor diiringi pemimpin tempatan.


Agak terkejut juga apabila melihat pemimpin yang mengiringi Sultan Johor. Bukan hendak berpolitik sangat. Maklumlah ketika suasana potik ketika ini, apabila Ahli Parlimen Pagoh, Tan Seri Dato' Muhyiddin Yassin digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Suasana politik di negeri dari selatan ini nampak bermuram durja.

Apabila melihat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahli Parlimen dari Bagan Datoh, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut serta. Gembira juga. Sekurangnya memberi impak kepada perpaduan. Syukur Selalu.


Aktiviti yang memenuhi di Labis ialah tarik tali antara Bomba dan PDRM.


Bukanlah hendak mempertikaikkan mana pihak. Cuma jika dilihat kepada kebanyakan lokasi sepanjang Kembara Mahkota ini, sewajarnya setiap lokasi sepatutnya dimeriahkan dengan keunikan lokaliti setempat. 

Sedia maklum, Sultan Johor amat berminat dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian. Tidak kiralah kraf, masakan atau permainan yang berteraskan menjunjung budaya Johor.

Menyorot saranan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mulia Mohamed Khaled Nordin yang hadir di Kolam Air Panas, bertarikh 23 Mac 2014 (tahun lepas) yang menyokong hasrat supaya permainan gasing dinobatkan dibumi Labis. 

Harap pihak pemimpin tempatan untuk acara akan datang pilihlah untuk mempersembahkan kepada Sultan Johor satu keunikan milik orang Labis.

Jangan pula ada yang tuding menuding. Sekadar cadangan untuk acara akan datang kelak. Mudahan kita boleh memperbaiki.

Saya ini orang biasa. Bukan ada kuasa. Beri cadangan.


Berpusu orang beratur untuk bersalaman sebelum Sultan Johor berangkat ke acara seterusnya.

Dikawal rapi.

Walaupun terik panas, Sultan Johor tetap tidak lokek senyum dan bersalaman.

Sempat bergambar.


Terima Kasih kepada Sultan Johor yang telah mencemar duli ke bumi Labis.

Ramai juga kelihatan yang agak terkilan untuk menatap raut Tunku Mahkota Johor,  DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. Apakan daya, tiada rezeki.

Maklumlah penjenamaan Harimau Selatan juga mendapat tempat dihati rakyat Johor.

Mudahan Labis akan menjadi lokasi persinggahan untuk sekian kalinya.

Daulat Tuanku.


Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja