Lampu Meja 2015

Lampu Meja Larik
Bahan : Kayu Merbau, Kayu Leban dan Papan Terpakai.

Apa khabar, jumpa lagi dalam 'penaipan' kali ini. Lama juga tidak menaip.

Kali ini apa yang ingin dikongsikan ialah proses membuat lampu meja. 

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Cawangan Johor sebenarnya telah meminta untuk membuat satu lampu berasaskan larik sempena Hari Kraf Kebangsaan 2015 tempoh hari. Terima kasih kepada Encik Khairul Nizar Syah yang memberi kepercayaan.

Ikutkan memang hendak kongsikan sebelum tarikh promosi dan jualan tersebut tetapi tiada kesempatan.

Pada awalnya telah diberikan satu lakaran cadangan tetapi oleh kerana waktu, bahan dan kos yang tidak menyebelahi maka apa yang dirancang terpaksa diubah. 

Biasalah bagi pelarikjohor, lain diminta lain dimakbul. Hehe.

Baiklah jom lihat antara proses.


Beginilah gambaran awal.




Inilah bahan asas.

Kita larik dahulu.

Kayu merbau.

Teknik rahsia. Melicinkan.

Ini antara proses awal untuk menyiapkan tapak dan tiang.

Menggunakan papan 1x8 inci. Ini untuk terendak. bahagian menutup lampu.

Corak ini tidak mengikut piawaian yang dikehendaki. Kita ubah sedikit kerana kita mahukan satu eleman senibina diterapkan. Baru ada identiti tempatan.

Kita pasang untuk terendak.

Ini yang malas untuk membuat laluan wayar.

Lepas tebuk, kita pasang tapak.

Kita pasangkan keseluruhan bahagian.

Kita tebuk supaya cahaya dapat keluar samar. Bermotifkan senibina pemanis.

Pasang wayar dan mentol.

Mentol boleh tukar. Hendak terang atau malap terpulang kepada selera.

Siap.


Baiklah setakat ini sahaja yang mampu dikongsikan.

Jumpa lagi.

LUASKAN KUASAMU.
AYUH JOHOR.









Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja