Hari Koperasi SMK Munshi Ibrahim

Hari Koperasi Sekolah (SMK Munshi Ibrahim)
Labis, Segamat,
Johor Darul Takzim.
7 Mei 2015
0700 - 1330


Selepas Hari Kraf Kebangsaan 2015 di Jalan Conlay, nampaknya perjalanan aktiviti luar agak perlahan. Sambutan agak bagus.

Namun begitu ada juga undangan dari pelbagai pihak. Tidak semua mampu dipenuhi. Tempahan masih beratur sebenarnya.

Mesin rosak, alat tidak mencukupi. Dugaaan. Ketika ini juga berlangsung Promosi Kraf di Angsana Johor Bahru Mall. 1-10 Mei 2015.

Sebenarnya pihak sekolah menjemput Yoo Airani dari Felda Tenang. Kisah ini, kira tumpang tempias saja. Pelarikjohor ikut serta sekali. Pengusaha Kraf Labis yang terlibat Nahar Impian, Gasing Warisan dan juga Permata Ilham.

Jom kita lihat aktiviti terbaru.


Selamat Datang. Macam kembali ke sekolah pula.



Seawal 8 pagi mengemas gerai. Mujur pegawas tak catit nama. Lega.

Ketika majlis perasmian potong jambul. eh... potong reben.





Encik Yunus, Yoo Airani, memberi sedikit penerangan. Biasa pelajar dengar cakap guru, hari ini cuba cikgu pula mendengar. Hehe.

Encik Zulkarin, Gasing Warisan, sedia memberi penerangan mengenai gasing.

Anggota JPAM menjinakkan ular yang dibawa. Kalau pelajar degil boleh tolong jinakkan? Tanya je.

Usahawan lain pun turut serta.


Boleh berinai.

Money changer. RM kepada kertas.

Sebenarnya program sebegini mampu memberi peluang kepada pelajar tentang mukadimah kepada dunia perniagaan. Semuanya dipantau guru masing-masing.


Pusat karaoke? Bukan. Seleksi pilihan lagu. Tiada sorang pun minta lagu sekolah diputarkan? uiks..

Kalau dunia perniagaan ni, kos upah memang tinggi. Sukarela tidak mengapa.

Tu dia...

Jenis ni rajin ke dapur. Masak tidak ada masalah.

uit... Naga terlepas, abg JPAM tak tangkap ke?


Ok. Tak larat nak pusing. Cuaca agak panas. Masuk dewan sebentar.

Aktiviti sokongan, bermain congkak. Kalau kuiz sejarah, ramailah diri atas kerusi.

Menghias cupcake. Cikgu ini hias ke makan? macam makin susut je? Oit.

Oklah tak larat nak kongsi banyak. kuota internet habis pula nanti.

Jumpa lagi penulisan lain kali.

Ayuh Johor, Luaskan Kuasamu

Tanah Tumpah Darahku.

psst : Jurulatih baru ke JDT? Selamat datang Roberto Carlos Mario Gomez dari Argentina. Eh? Ayah ke abang Selena Gomez ni? Manalah tahu.
















Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja