Penilaian Anugerah Belia Negara (Pertubuhan) Felten 2015

Penilaian Anugerah Belia Negara (Pertubuhan) Felten 2015
Bangunan Belia Felda Tenang,
Labis, Johor D.T
15 Mac 2015
4.30 Petang


Bertemu lagi sebelum Hari Kraf Kebangsaan 2015. Tinggal berapa hari lagi. Dekat sangat. Sempat ke?

Kali ini bukan hendak berkongsi cerita produk kraf tetapi tentang komuniti setempat.

Mujur tak jauh dari bengkel. Ingatkan nak bertapa sahaja tapi sudah dipelawa. Boleh juga intai. Al-maklum sana-sini musim pertandingan  'Anugerah Belia Negara 2015'. Tengok dalam media sosial, masing-masing tunjuk bakat.

Lagipun cerita pasal belia, hendak tahu juga bagaimana cara penilaian. Teringat masa temuduga Danabelia Yayasan 1MDB. Hrmm.. Kali ini macam mana?

Bangunan Belia wajah 2015



Menantikan kehadiran tetamu.

Kehadiran rombongan pengantin. eh.. Panel Penilai.

Tiba di zon tempat letak kenderaan.

Belia Felten mula mengambil tempat menyambut tetamu. Teruja.

Salam bersalaman.

Apa lagi. Tetamu sudah sampai. Kompang dipalu...

Pelapis bawah belia dalam musik tradisional. Ada markah pembukaan? huhu

Selamat Datang ke Felda Tenang. Disambut oleh Ketua Kampung dan Ketua Belia.

Jemputlah singgah.

Hensemnya. Pilih yang mana satu. Ala korporat gitu. Sekolah asrama mana eak? Huhu

Lapor diri.

Tetamu mengambil tempat.

Barisan panel hakim dan juri.

Ucapan aluan dari Ketua Kampung.

Pembentangan awal dari Ketua Belia dan Biro-Biro yang dilantik.

Tak muat masuk. Tunggu di luar memberi sokongan moral.

Orang kampung tak belia pun teruja.

Sudah selesai bentang? Baik giliran panel bertanya. Awas.

Keluar buku dah. Bukan kad kuning tahu. Serangan bermula?

Belum lagi habis.

Bukan mudah cari pemenang. Masa mencari kelebihan.

Setiap panel memegang portfolio masing-masing untuk menilai.

Jawab sambil seloroh. Sempoi. Terhibur juri. Panel siap minta satu lagu pula.

Tengok gaya macam pertandingan pidato.

Menjawab dari hati yang mulus. Sebak rasanya. Terharu.

Mohon talian hayat. Tanya rakan. Hehe

Tak dapat jawab kena berdiri. Kuikui. Koir Felten.

Presiden Belia Negeri Johor turut hadir memberi kata perangsang dan semangat. Terima Kasih.


Selesai berhujah balas mencari satu jawapan. Jangan ambil hati. Ambil gambar kenangan.

Mengambil kesempatan bertanya dan bertukar maklumat.

Alhamdullillah, selesai pun. Tekanan sudah menurun.

Jamuan acara terakhir.

Harap-harap apa yang terkurang janganlah tolak markah banyak sangat. Huhu..

Misi membalas dendam? Makan sepuas?

Misi selesai untuk hari ini.

Baiklah setakat ini sahaja dahulu untuk maklumat yang ada.

Tahniah kepada belia felten, pengerusi juga anak buah. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengalaman dalam penambaikan.

Teruja juga mengenai panel juri kali ini. Dalam kepala banyak boleh diperbaiki. Paling penting warga belia kena sanggup kental mengharungi cabaran. Bukan mudah mengurus komuniti terutama tanpa pulangan ganjaran didambakan.

HKK2015. HKK2015. Produk kena siap. Itu sahaja yang tengah serabut.

Semoga Berjaya.

Jumpa lagi.

psst : Empat orang panel, satu bilik, perbualan direkod, seorang diri membentang 'pelarik tourism'. Bukan mudah.

Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja