Gotong-Royong RELA dan Badan Khairat FELTEN 2015

Gotong-Royong 
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA -Felten & Daerah Segamat) dan Badan Khairat FELTEN
Tanah Perkuburan Felda Tenang
Labis, Johor D.T
 28 Febuari 2015


Salam bertemu kembali.

Penulisan yang lepas, pelarikjohor menyiarkan artikel mengenai Taka Melur, Labis.

Fuh... Hangat. Pelbagai persepsi dan kontroversi melanda. Minta maaf jika ada yang tersinggung.

Benda sudah lepas. Harapan bukanlah menggunung. Sekadar berita kemasyarakatan.

Baiklah kali ini, ada sedikit aktiviti yang agak baik untuk dikongsi. Mulanya sekadar hendak menghantar sebuah cenderahati yang dipesan. Kebetulan kamera pun ada. Sudahlah datang lewat. Tidaklah tolong mana pun. Maaf banyak-banyak.

Gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Felten.

Dari tanah manusia diciptakan oleh tuhan, kepada tanah kita kembali.



Orang lama pun ada

Membersihkan belukar yang ada.

Membetulkan kedudukan nesan.

Menebas rumput dan lalang liar.

Berat sama dijinjing. Ringan angkat sendirilah. Hehehe

Nampak?

Mujur pokok kelapa. Kalau Chengal, berbalah semua nak ambil kayu.

Otai masih berbisa?

Apa yang penting? KERJASAMA...

Biar gambar berbicara. Kuikui...

Pantau jangan tidak pantau.

Penat, rehat dahulu...

Menantikan arahan selanjutnya.

Yang dinanti sudah tiba...

Acara terakhir. Mengemaskini tenaga yang hilang.

Apapun terima kasih kepada semua pihak yang turut serta dalam aktiviti setempat. Kadangkala aktiviti sebegini bukan sahaja untuk mengeratkan perpaduan juga ukhwah.

Amalan kebaikan pasti akan dikira. Paling penting, Mati itu pasti.

Rasanya berita kali ini, jangan ada pula di'kurang senangkan'.

Jumpa lagi dan terima kasih.




psst : pemain import JDT, Jorge Pereyra Diaz kelak akan menyertai sebuah kelab dari Brazil. Sumber fb Johor Sothern Tigers.




Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja