UTHM merentasi Felda Tenang, Labis

11-13 DISEMBER 2014
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN (UTHM) DAN KHIDMAT MASYARAKAT
HARI PENEROKA FELDA TENANG (FELTEN)
BERTEMPAT DI FELDA TENANG, LABIS JOHOR DARUL TAKZIM


Pejam celik rupanya sudah hampir kepenghujung 2014. Cepatnya. Sebelum itu ada lagi kisah hendak dikongsikan.

Pada 11 Disember 2014 pelajar dan penuntut UTHM telah singgah berkampung di Felda Tenang, Labis.

Sebenarnya tidaklah tahu sangat terperinci mengenai kehadiran penuntut dari Parit Raja, JDT ini terutama tentatifnya. Maklumat yang diberikan persediaan kemungkinan pelajar akan datang ke bengkel kraftangan. Mengenai atucara keseluruhan tidak tahu sangat. Ikut sahajalah pihak penganjur.

Kurang lebih ceritanya program anak angkat. Kebetulan pula Hari Peneroka Felda Tenang bercantum tarikh. Sekali langsung senang. Tidak banyaklah dapat dikongsi sangat kerana lebih sibuk layani tetamu dibengkel. Lagipun mereka sudah dipecahkan beberapa kumpulan kecil untuk menumpukan satu sahaja bidang. Ada kumpulan yang masuk menoreh getah, memungut hasil sawit, ada yang pergi ke kolam ikan, malah kraftangan juga tidak ketinggalan. 

Jika hendak diikutkan pengalaman di Homestay Parit Bugis dahulu, melayani tetamu bukanlah sesuatu yang sukar. Cuma untuk laporan kali ini secara jelas tidak mampu mengisi semua slot pada waktu yang bertembung, walhal jasad ini tidak mampu diklon. Tempahan lagi, tarikh Promosi Kraf Zon Selatan pun jarak seminggu lagi. Kena pula baru berinai kuku. Hehehe.

Bukan apa, takut juga nanti ada yang bising, 'sikit-sikit laporan tumpu di bengkel kraf saja. Macam pilih kasih sahaja'. Apapun sekadar berkongsi cerita sedikit bersama mana yang berkesempatan.

12 Haribulan baru tiba dibengkel. Pagi sudah terpacak.
Dikendalikan En. Yunus untuk mengajar cara melarik gasing kecil.



Bersungguh betul. Tapi tidak masuk 'jam kredit' atau markah pula.

Si cilik mencuba bakat. Anak pengusaha En. Hafiz tidak kekok memberi tunjuk ajar.

Nak lukis, buat nama, tambah warna hasil tangan sendiri pun boleh. Lagi puashati. Titik peluh sendiri.

Selesai sesi larik, sedikit taklimat mengenai orkid.
Sudah siap, rasa cantik, puas hati, itulah hasilnya. Bolehlah dibawa pulang. Jangan pening, usah risau. Idea adalah abstrak.
Lari sebentar, ronda mencari kelompok lain. Apa lagi yang dibuat mengisi slot pagi.

Selesai layan dibengkel cuba keliling felda terjumpa pula satu kelompok sudah siap memungut hasil sawit. Harap nyamuk atau semut tidak gigit. 

Ambil dua tiga gambar, pusing lagi kita cari slot lain.

Itu dia di gelanggang gasing. Permainan tradisional. Khabarnya ada yang sekali tunjuk sudah pandai. Bagus.
Rasanya tidak sempat lagi hendak ronda selepas gelanggang gasing. Kebetulan pula hari Jumaat ketika itu. Sebelah petang sebenarnya ada sukan, tapi tidak sempat ke padang hendak buatkan sendikit tempahan yang perlu disegerakan. 

Malam pula ada kesempatan sempena persembahan kesenian dan kebudayaan yang akan di persembahkan kedua pihak. 

Apa dia?

Jom intai seimbas dua. Hendak masuk gambar banyak takut tidak cukup ruang pula.

Kumpulan anak tempatan menjaga penata bunyi. Mesti letih.

Pembukaan persembahan dari felten, paluan kompang terdiri dari belia tempatan.

Srikandi UTHM mempersembah tarian zapin. Satu lagu je?

Pelapis kumpulan nasyid kontemporari. Menghidang nilai kerohanian.

Apa benda ni? Ini sebahagian 'props bajet' dalam persembahan sketsa dari penuntut UTHM.

Dua orang pelajar selaku pengacara majlis sempat mengusik hadirin yang datang. Tersipu pula makcik tu.

Persembahan terakhir kumpulan akustik tempatan sebelum menutup tirai. Eh? Abang penata bunyi tadi, siapa pula jaga? Jeng, jeng.. serba boleh je?

Peserta yang membuat persembahan mengambil peluang bergambar bersama Adun Tenang, YB Azahar Ibrahim (Tok Ai), turut memberi sokongan moral terhadap penganjuran program ini.


Rakan pengusaha dan juga tulang belakang industri kraf dalam Adun Tenang. Terima kasih.

Malam pun berlabuh. Sambung esok hari. mata sudah kelat.

Permulaan 13 haribulan, hari terakhir. Program awal pagi melibatkan aktiviti jasmani sikit. Bertumpu di Dewan Semai Bakti, Felda Tenang, Labis.

Program sihat fizikal yang menyasarkan 10 000 langkah. Meniti laluan sekitar Felda Tenang.
Skuad RELA sudah bersiap memastikan kelancaran program dan keselamatan peserta.

Ini bukan geng Sarip Dol. Sumpah!! Single but not available.Tertakluk terma dan syarat.

Bukan demontrasi jalanan tapi senyuman jalanan. Jalan, Santai dan Sihat.

Lokasi berhampiran. Menu untuk jamuan petang. Secukup rasa, seindah bahasa.

Sesi pagi diteruskan dengan aktiviti mewarna. Aktiviti berkeluarga. Tengok gaya sekali imbas macam taklimat penempatan banjir je. Harap tidaklah sebegitu.

Seni itu jiwa. Usia atau jantina bukanlah penghalang. Mungkin yang pelik serta muskil, ada ke arnab warna merah jambu?

Ini satu lagi. Usah disangka felda sekadar memetik buah sawit. Lelaki pun boleh gubah buah-buahan. Tapi yang peliknya lebih dimakan dari coraknya. Bolehlah.

Antara matlamat utama ialah hadiah cabutan bertuah. Tapi bukan mudah kerana ada 'John Cena' memantau keselamatan hadiah tersebut. Jangan coba-coba. Nak kena silambam tahap naga menjulang, kos perubatan tanggung sendiri.

Kumpulan nasyid wanita. Banyak juga peminat.

Penerima Tokoh Hari Peneroka Felda Tenang 2014. Lelaki. Syukur.

Penerima Tokoh Hari Peneroka Felda Tenang 2014. Wanita.Wakil penerima.

Sempat juga membuat cenderamata kepada pihah UTHM. Mungkin tidak seberapa tapi itulah antara hasil produk. Bengkel pusat kraf sentiasa memberikan komitmen.


Kemuncak acara, cabutan bertuah yang disumbangkan oleh YB Adun Tenang. Apa boleh buat, tiada rezeki.

Selesai rasanya sedikit rentetan laporan yang mampu dikongsi dipenghujung tahun.

Walaupun tidak terlibat secara langsung, tapi mengingatkan pula bekas kampung tempat membesar. Melayani pengunjung juga pelawat. Mungkin penat, tapi seronok.

Apapun sepanjang program ini terutama pusat kraf memohon maaf kepada pelawat dari UTHM atau penganjur JKKK Felda Tenang sekiranya ada terkurang persediaan, kurang selesa atau tidak mampu memuaskan hati.

Setakat ini laporan kali ini. Ada satu lagi aktiviti promosi hingga ambang tahun baru nanti. Mungkin laporan penulisan tahun ini.

LUASKAN KUASAMU
AYUH JOHOR.





Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja