Cerita Pra Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman 2014

Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman 2014
23 Oktober - 3 November 2014
Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Anjuran : Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Pada 22hb Oktober lalu, sempat juga pergi ke Kompleks Kraf. Promosi kali ini, Permata Ilham Larik a.k.a pelarikjohor tidak berkesempatan menyertai.

Kebetulan juga, rakan usahawan, Kayu Warisan mengajak untuk bersama sambil turun barang. Sambil tu boleh juga tengok atau bertanya khabar pada rakan usahawan yang terlibat. Kali terakhir turun, Promosi Aidilfitri.

Berkongsi sedikit cerita dengan paparan yang sempat dirakam. Tapi ada juga perkara menarik tapi tidak sempat dirakam. Apa boleh buat? Sibuk tolong angkut barang. Lagipun balik hari. Pagi pergi, petang pulang.

Gambar pengusaha sibuk buat persiapan saja.

Cadangan buat penganjur, kalau tengah musim bola tu, sediakanlah skrin besar ke... Hehehe. Tak Gitu?




Wakaf, Pondok, Pagola semua ada, kecuali Pagoda sahaja tak muat.
Produk pelajar Institut Kraf Negara (IKN) pun ada. Harga pun menarik.

Nak buat chalet? Ini produk Kayuma dari Pahang. Chengal.
Rotan? Tidak ketinggalan
Sekadar hiasan, tidak pastilah kalau kena harga, mungkin jual rasanya.

Pokok bonsai, besar punya.
Pelik pun ada.
Gaya moden pun tidak ketinggalan.

Bukan sekadar hiasan taman, dalaman saling melengkapi.

Sudut Preka. Belum siap susun lagi, Kalut semacam.

Pelbagai rekaan menanti.

Rakan usahawan Johor yang sudah siap, baru lepas hujan, siap kerja, merehatkan diri. Buat macam rumah sendiri.

Apapun, kepada pengunjung bolehlah datang sepertimana tarikh dan masa yang tertera di atas. Nak tengok konsep, atau ada konsep sendiri, bincang-bincanglah dengan pengusaha.  Harga biasanya boleh dibawa berunding. 

Tidak pasti jika akan kembali lagi turun sekali lagi. Maklumlah, tengah berdebar juga JDT untuk lawan Felda untuk pusingan kedua.

Pastinya kalendar menarik hujung tahun, Kraftangan Cawangan Johor pasti menjadi tuan rumah untuk promosi dan jualan di  Johor Bahru Mall, Plaza Angsana. 

Kenalah bersiap siaga produk. Tarikh belum pasti. Tunggu sahajalah.

Jumpa lagi, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja