Posts

Showing posts from November, 2015

Makmal Inovasi Usahawan Seni Budaya Siri 2

Image
MAKMAL INOVASI USAHAWAN SENI BUDAYA (SIRI 2) 25-27 NOVEMBER 2015 HOTEL INTERNATIONAL JALAN RAJA MUDA, KUALA LUMPUR ANJURAN JABATAN KESENIAN KEBUDAYAAN NEGARA (JKKN) Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur kerana dapat menulis lagi untuk memberi perkembangan terbaru. Hampir sebulan, Makmal Inovasi membawa satu lagi kesinanbungan( Siri 1 ). Selepas melihat potensi usahawan siri satu, maka penganjur mengumpulkan semula untuk mendalami produk dan perkhidmatan untuk menjadi pemain utama dalam industri masing-masing.

Cepu Maharani

Image
PRODUK : CEPU MAHARANI BAHAN : KAYU LEBAN (Vitex altissima) TAHUN/YEAR : 2015 Dalam tempoh terdekat kali ini, jarak penulisan dapat dikemaskini kerana begitu banyak yang tertangguh. Kondisi komputer lama agak uzur memaksa kertas kerja banyak tertunda. Baiklah, sekarang ingin dikongsi satu lagi produk hasil RnD dari Perbadanan Kemajuan Kraftangan Caw. Johor. Rekaan kali ini sebuah mangkuk bertutup iaitu cepu yang berkaki serta teknik lapisan bersama kulit telur. Rekaan awal yang diterima,

Saiful apek meneroka Labis, JDT?

Image
Penggambaran 'Ride and Species' Lokasi perusahaan kraf sekitar Labis. 18 November 2015 Selepas berkongsi proses pembuatan produk penulisan lepas. Kali ini, ingin berkongsi berita mengenai kedatangan pelawat di Labis, Johor. Mengikut rancangan awal, sebuah krew penggambaran dijadualkan untuk ke pusat pembuatan kraf perabot, Kayu Warisan di Pekan Air Panas, Labis. Pada awal sangkaan, dikatakan pelawak senario yang bakal menjadi hos rancangan, jadi bila dikatakan hanya sebuah lokasi agak lega kerana masih ada tempahan produk yang perlu diselesaikan. Namun, pada awal pagi mendapat pesanan 'whatsapp' dikhabarkan akan meneroka dibeberapa lokasi termasuk Pusat Pembuatan dan Pengumpulan SDSI di Kolam Air Panas yang dipandu oleh wakil dari Majlis Daerah Labis. Maka, terpaksalah bergegas untuk mengemas rumah tersebut dengan berat hati. Maklumlah bersepah terbentang luas. Difahamkan secara ringkas, rancangan ini dikendalikan dua orang hos. Seorang tu, l

Riyas Raya 2015

Image
PRODUK : RIYAS RAYA BAHAN : KAYU LEBAN (Vitex altissima) TAHUN/YEAR : 2015 Setelah lama tidak berkongsi tentang proses pembuatan kali ini ingin berkongsi tentang produk Riyas Raya. Produk Riyas Raya ini diilhamkan oleh kakitangan pereka Perbadanan Kraftangan Cawangan Johor dibawah seliaan En Sandi dan En Aizat. Terima kasih kerana memberi kepercayaan untuk melakukan produk RnD. Menggunakan teknik larik, motif utama ialah untuk Hiasan Dalaman yang boleh digunakan semasa musim perayaan. Berkonsepkan cepu (mangkuk bertutup) seseuai untuk diisikan makanan ringan berbungkus seperti gula-gula mahupun kekakcang. Baiklah, kita lihat bagaimana idea yang terhasil diterjemahkan menggunakan teknik larik. Idea asal

Makmal Inovasi Usahawan Seni Budaya Siri 1

Image
MAKMAL INOVASI USAHAWAN SENI BUDAYA (SIRI 1) 28-30 OKTOBER 2015 HOTEL ANCASA EKSPRESS UTC PUDU SENTRAL, KUALA LUMPUR ANJURAN JABATAN KESENIAN KEBUDAYAAN NEGARA (JKKN) Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak terlalu lama menyepi untuk menulis dan mengemaskini blog kali ini. Ada yang menanti atau tertunggu? Mohon maaf sekiranya ada jurang masa setiap penulisan kerana komputer mengalami masalah teknikal dan uzur. Maklumlah sejak 2008, kira zaman teknologi sudah ketinggalan. Penulisan kali ini lebih kepada aktiviti luar dan menimba ilmu. Terima kasih kepada JKKN Negeri Johor yang memberi peluang kepada usahawan kraf untuk menimba ilmu dan peluang. Maklumlah, sebelum ini pelarikjohor terlalu condong kepada Kraftangan Negeri Johor. Jarang benar hendak ikut program penganjur lain. Ketika mengisi borang, pada mulanya memang tiada rancangan lain. Bersetuju pada peringkat awal. Tapi bila program begitu hampir, tempahan mula masuk. Malah, promosi Hias