Riyas Raya 2015
PRODUK : RIYAS RAYA
BAHAN : KAYU LEBAN (Vitex altissima)
TAHUN/YEAR : 2015
Setelah lama tidak berkongsi tentang proses pembuatan kali ini ingin berkongsi tentang produk Riyas Raya.
Produk Riyas Raya ini diilhamkan oleh kakitangan pereka Perbadanan Kraftangan Cawangan Johor dibawah seliaan En Sandi dan En Aizat.
Terima kasih kerana memberi kepercayaan untuk melakukan produk RnD.
Menggunakan teknik larik, motif utama ialah untuk Hiasan Dalaman yang boleh digunakan semasa musim perayaan.
Berkonsepkan cepu (mangkuk bertutup) seseuai untuk diisikan makanan ringan berbungkus seperti gula-gula mahupun kekakcang.
Baiklah, kita lihat bagaimana idea yang terhasil diterjemahkan menggunakan teknik larik.
Idea asal |
Bahan utama - kayu leban |
Teknik larik |
Buang dan bentuk. |
Cepu kecil yang siap dilarik. |
Bahan untuk dulang atau bekas untuk set Riyas Raya. |
Mengukur anggaran untuk dulang. |
Rangka awal sebelum kemasiapan dilakukan. |
Siap. |
Mana satu yang molek? Teori atau praktikal? |
Setakat ini yang mampu dikongsikan untuk proses pembuatan kali ini.
Mungkin rekaan kali ini tidak mampu mengikut apa yang dilakarkan pada peringkat awal tetapi mungkin rekaan seterusnya akan cuba untuk diperbaiki.
Jumpa lagi untuk penulisan akan datang.
Terima kasih kerana membaca.
Comments
Post a Comment