Cepu Maharani
PRODUK : CEPU MAHARANI
BAHAN : KAYU LEBAN (Vitex altissima)
TAHUN/YEAR : 2015
Dalam tempoh terdekat kali ini, jarak penulisan dapat dikemaskini kerana begitu banyak yang tertangguh.
Kondisi komputer lama agak uzur memaksa kertas kerja banyak tertunda.
Baiklah, sekarang ingin dikongsi satu lagi produk hasil RnD dari Perbadanan Kemajuan Kraftangan Caw. Johor.
Rekaan kali ini sebuah mangkuk bertutup iaitu cepu yang berkaki serta teknik lapisan bersama kulit telur.
Rekaan awal yang diterima, |
Kayu leban/ ahalban. (Vitex altissima) |
Dibuat longkang supaya kulit telur akan ditampal. |
Kulit telur (egg shell) dihancurkan. |
Fasa untuk cepu siap. |
Untuk kaki atau tapak, kita guna papan biasa. Mudah dan jimat tapi impak tinggi. |
Kita lakar potong mengikut bentuk. |
Kita cantum menjadi satu. |
Kita sentuh dengan warna mengikut kesesuaian. |
Kombinasi tapak dan cepu. |
Beginilah keadaan produk siap. |
Beginilah keadaan produk siap. Kurang berpuashati juga kerana penutupnya agak 'gemuk' tapi masih boleh diperbaiki untuk akan datang.
Baiklah setakat ini yang mampu untuk dikongsikan.
Sebenarnya ada dua lagi penulisan yang tertunggak.
Satu proses bukan larik dan sambungan Makmal Inovasi oleh JKKN.
Harap sabar menunggu.
Luaskan Kuasamu Johor,
Tanah Tumpah Darahku Malaysia.
Comments
Post a Comment