Makmal Inovasi Usahawan Seni Budaya Siri 2

MAKMAL INOVASI USAHAWAN SENI BUDAYA
(SIRI 2)
25-27 NOVEMBER 2015
HOTEL INTERNATIONAL
JALAN RAJA MUDA, KUALA LUMPUR
ANJURAN JABATAN KESENIAN KEBUDAYAAN NEGARA (JKKN)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur kerana dapat menulis lagi untuk memberi perkembangan terbaru.

Hampir sebulan, Makmal Inovasi membawa satu lagi kesinanbungan( Siri 1). Selepas melihat potensi usahawan siri satu, maka penganjur mengumpulkan semula untuk mendalami produk dan perkhidmatan untuk menjadi pemain utama dalam industri masing-masing.







Pengisian kali ini menampilkan tokoh yang ternama.
Kita lihat barisan fasilitator kali ini.

Slot pembukaan bersama Tan Sri (Dr.) Johan Jaafar.

Dua slot malam dikendali oleh En. Irman Mohd Din

Slot akademik dengan Prof Madya Mohammad Md Yusoff

Sekali lagi hadir dari siri 1 tempoh hari, Seir Rashid (Tempatan Fest).

Dari objektif penganjur, bukanlah seperti seminar biasa tetapi komunikasi dua hala ditagih.

Membincang, membimbing dan memberikan panduan kepada penggiat seni tentang membangunkan produk seni masing-masing menerusi pendekatan inovasi serta melahirkan usahawan dalam seni budaya.

Selain itu, penganjur juga mengharapkan supaya peserta bersiap sedia untuk berdikari untuk tidak terlalu bergantung dari pihak agensi atau kerajaan semata.


Gelagat dan pengisian direkod.

Peserta boleh menyuarakan pendapat.

Setiap peserta juga dilatih untuk berucap.

Sejajar kehendak penganjur, kumpulan usahawan yang dipilih dapat mempelbagaikan bidang jaringan (networking).

Sekaligus menjadi platform saling berkongsian pengalaman dan pemasaran secara praktikal.


Penganjur, fasilitator juga penggiat dalam keadaan sentiasa berinteraksi.

Sesama usahawan saling berkomunikasi.
Berkonsep meja bulat

Untuk mencapai objektif, penganjur juga menyeru supaya membawa hasil produk masing-masing.

Malahan, peserta diberi peluang untuk menonjolkan apa yang mereka usahakan sama ada produk atau sektor perkhidmatan.


Pelarikjohor memulakan pembentangan.

Otai t-shirt yang berpengalaman luas.

Penggiat teater dari utara.

Produk keychain dari nogori.

Dari artis budaya menjadi pembuat kostum.

Bukan sahaja peserta wanita tunggal tetapi juga ikon tunggal pelayang wanita negara.

Gambar kenangan dalam siri 2

Tidak terlalu protokol
Versi protokol.

Terima kasih kepada penganjur.

Sama ada penganjur mahu meneruskan ke peringkat siri 3 atau tidak, pelarikjohor selagimana tidak tersekat dari jadual juga kesihatan ada kemungkinan akan turut serta kembali.

Semoga rakan penggiat dan usahawan dapat manfaatkan apa yang perlu.

Mohon maaf sekiranya ada kekurangan atau keterlanjuran pelarikjohor dalam penglibatan kali ini.

Jumpa lagi.


P/s : Bukan soal tewas dalam Piala Malaysia, tetapi rekod cemerlang sebagai tuan rumah JDT terpaksa juga melepaskannya. Tahniah FELDA atas prestasi. Ops, cerita bola pula.

Luaskan Kuasamu,
Tanah Tumpah Darahku.
 










Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja