Posts

Showing posts from March, 2015

Hari Kraf Kebangsaan 2015 - Siri 1

Image
HARI KRAF KEBANGSAAN 2015 26 MAC - 7 APRIL 2015 KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR Anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Akhirnya yang dinanti telah tiba. HKK... HKK... HKK... Bagi pengusaha kraf inilah yang dinanti. Ibarat Hari Keluarga bagi penggiat seni kraf. Tahun ini nampak agak meriah dan mungkin bilangan pengusaha juga sudah bertambah. Bagi pengusaha larik juga, penambahan penyertaan juga nampak memberangsangkan. Sekaligus, nampak memecahkan monopoli 'pelarikjohor'.  Pahang dan Perak menghantar wakil 'kakilarik'. Apa pun, setakat ini, pelarikjohor tetap pengusaha paling muda. Hehe. 'Otai' turun padang, minta tunjuk ajar sikit. Dahaga ilmu. Persaingan sihat. Harap teguran mampu menaikkan semangat untuk terus kekal relevan.  Tahun 2015 juga, sempat juga menjeling beberapa usahawan yang membuat kemunculan semula. Tahniah dan selamat menyertai semula. Ada yang dihalangi faktor kesihatan, malah kewangan tidak terlepas, m

Bazar Seni 21-22 Mac 2015

Image
BAZAR SENI 2015 ANJURAN JABATAN KEBUDAYAAN & KESENIAN NEGARA (JKKN JOHOR) RUANG LEGAR PASARAYA KOMUNITI @MART KEMPAS, JOHOR D.T 21-22 MAC 2015 Assalamualaikum. Salam Muafakat Johor. 1Malaysia. Bertemu lagi sebelum Hari Kraf Kebangsaan 2015. Sebenarnya jemputan kali ini bermula dari JKKN menawarkan satu tapak jualan kepada Majlis Daerah Segamat sebagai wakil. Namun yang dipilih ialah Warisan Tenang Enterprise yang berasaskan permainan tradisional (gasing). Kebetulan juga rakan niaga sama bidang iaitu larik, maka ditawarkan untuk berkongsi tempat. Pusing-pusing kawan juga. Apalah salahnya. Lagipun boleh kaji pasaran di sana. Selama ini, pelarikjohor pernah mengikuti program JKKN pada 2013 di Port Dickson. Ketika itu atas tiket Koperasi Homestay Parit Bugis Muar. Dulu. Dua tahun punya cerita. Untuk jemputan secara terus, belum pernah lagi. Inilah yang kedua. Khabarnya, Bazar Seni ini bertujuan memberi peluang kepada IKS tempatan untuk mempromosi atau me

Projek Tunjuk Langit Labis

Image
Projek Tunjuk Langit Rumah Teres. Di Malaysia, rumah melayu dikatakan mempunyai 3 elemen penting.  Tiang Dinding  Bumbung Artikel kali ini mengenai larik dibumbung. Tunjuk Langit. Tunjuk langit ini ada empat segi dan bulat. Terletak di bahagian kuda-kuda atau kaki kuda-kuda. Kuda kepang? Jauh sekali bukan. Kenapa tunjuk langit? Agaknya mungkin tiang itu seperti menongkat langit? Sejarah lampau tidak berapa tahu sangat. Pelarikjohor bukanlah pandai sangat bertukang. Tapi jika ada berkaitan larik mungkin bolehlah mencuba. Tapi apa yang ingin dikongsikan kali ini bukanlah seluruhan projek.  Cuma buat bahagian tertentu sahaja. Kontraktor yang pasang. Tunjuk langit sahaja. Sebenarnya pada mulanya, tunjuk langit ini malas hendak buat. Apatahlagi jika ada berpasang, ada ibu atau anak. Semua kena buat sama. Lihat sedikitlah apa yang hendak dikongsikan. Inilah rumah yang dalam proses pembinaan.

Penilaian Anugerah Belia Negara (Pertubuhan) Felten 2015

Image
Penilaian Anugerah Belia Negara (Pertubuhan) Felten 2015 Bangunan Belia Felda Tenang, Labis, Johor D.T 15 Mac 2015 4.30 Petang Bertemu lagi sebelum Hari Kraf Kebangsaan 2015. Tinggal berapa hari lagi. Dekat sangat. Sempat ke? Kali ini bukan hendak berkongsi cerita produk kraf tetapi tentang komuniti setempat. Mujur tak jauh dari bengkel. Ingatkan nak bertapa sahaja tapi sudah dipelawa. Boleh juga intai. Al-maklum sana-sini musim pertandingan  'Anugerah Belia Negara 2015'. Tengok dalam media sosial, masing-masing tunjuk bakat. Lagipun cerita pasal belia, hendak tahu juga bagaimana cara penilaian. Teringat masa temuduga Danabelia Yayasan 1MDB. Hrmm.. Kali ini macam mana? Bangunan Belia wajah 2015