Bazar Seni 21-22 Mac 2015

BAZAR SENI 2015
ANJURAN JABATAN KEBUDAYAAN & KESENIAN NEGARA (JKKN JOHOR)
RUANG LEGAR PASARAYA KOMUNITI @MART
KEMPAS, JOHOR D.T
21-22 MAC 2015

Assalamualaikum.

Salam Muafakat Johor. 1Malaysia.

Bertemu lagi sebelum Hari Kraf Kebangsaan 2015.

Sebenarnya jemputan kali ini bermula dari JKKN menawarkan satu tapak jualan kepada Majlis Daerah Segamat sebagai wakil. Namun yang dipilih ialah Warisan Tenang Enterprise yang berasaskan permainan tradisional (gasing).

Kebetulan juga rakan niaga sama bidang iaitu larik, maka ditawarkan untuk berkongsi tempat. Pusing-pusing kawan juga. Apalah salahnya. Lagipun boleh kaji pasaran di sana.

Selama ini, pelarikjohor pernah mengikuti program JKKN pada 2013 di Port Dickson. Ketika itu atas tiket Koperasi Homestay Parit Bugis Muar. Dulu. Dua tahun punya cerita. Untuk jemputan secara terus, belum pernah lagi. Inilah yang kedua.

Khabarnya, Bazar Seni ini bertujuan memberi peluang kepada IKS tempatan untuk mempromosi atau membuat jualan. Makanan, cenderahati, kraftangan mahupun jahitan yang mempunyai nilai estetika juga norma tempatan selatan. 

Program ini dijadualkan untuk konsisten sepanjang tahun diadakan setiap bulan awal minggu (tertakluk pindaan tarikh oleh penganjur). Minggu ini yang pertama dan telah bermula.

Sekaligus ini, aktiviti jualan pembukaan pada tahun ini.

Bolehlah kita jenguk sedikit aktiviti.



Di sinilah tempatnya.



Silalah jenguk apa ada yang menarik


Kalendar dan temujanji.

Pada 28-29 Mac dan 4-5 April 2015, tarikh itu bertembung dengan Hari Kraf Kebangsaan, kemungkinan akan tidak dapat menyertainya.


Warisan Tenang yang terpilih.

Apa? Tak siap kerja sekolah? Libas...

Pengunjung selain membeli boleh juga mencuba berlatih bermain 'dipegang mati, dicampak hidup'.

Sebenarnya JKKN menyediakan 12 buah tapak niaga. Ada juga sedikit usahawan lain. Jom pakat tengok.


T-shirt lukisan tangan.

Kerepek.

Jahitan Teluk Belanga. Jahit hati yang luka itu bahaya.

Intrumen identiti selatan, Gambus. Macam lirik P.Ramlee, "Oh Bunyi Gambus. Irama Ghazal. Tidak sabar. Si gadis manis. Dengar lagu zapin gembira. Hatinya rindu tergoda."

Angklung pun ada. Kalau musim nak raya, kena simpan dan sorok. Ada juga yang buat lemang.

Barangan cenderahati pun ada. Boleh buat kenangan.

Kompang pun ada, wayang kulit pun ada.

Makanan masyarakat Bugis terkenal di daerah Pontian.

Selain itu, ada juga slot tambahan bagi mengisi sepanjang dua hari dengan persembahan juga pertandingan karaoke.


Demontrasi buat wayang kulit.

Aksi si cilik bermain angklung.

Jiwa dan suara.

Macam kenal saja? Gerai siapa jaga? Huhu

Madah berhelah atau helah bermadah? Pengunjung.

Tarian Kebudayaan.

Kehadiran 'sniper'?

Hadiah pertandingan Karaoke untuk minggu pertama. Macam angkat berat saja?

Rasa macam muda kembali je. Sempoi.


Baiklah setakat ini mampu dikongsikan.

Terima kasih kepada penganjur yang sudi menjemput dan terima kasih kepada Majlis Daerah Segamat yang memberi peluang untuk mempamerkan produk daerah ini.

Jumpa lagi.

Luaskan Kuasamu
Ayuh Johor

Psst : Macam bau hangit, apa yang terbakar? Ada yang hangit ke? Sentap menyantap sekadar mekap? Gossip liar juga salah faham?



Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja