Hari Kraf Kebangsaan 2015 - Siri 1

HARI KRAF KEBANGSAAN 2015
26 MAC - 7 APRIL 2015
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
Anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM)


Akhirnya yang dinanti telah tiba. HKK... HKK... HKK...

Bagi pengusaha kraf inilah yang dinanti. Ibarat Hari Keluarga bagi penggiat seni kraf.

Tahun ini nampak agak meriah dan mungkin bilangan pengusaha juga sudah bertambah. Bagi pengusaha larik juga, penambahan penyertaan juga nampak memberangsangkan. Sekaligus, nampak memecahkan monopoli 'pelarikjohor'. 

Pahang dan Perak menghantar wakil 'kakilarik'. Apa pun, setakat ini, pelarikjohor tetap pengusaha paling muda. Hehe. 'Otai' turun padang, minta tunjuk ajar sikit. Dahaga ilmu.

Persaingan sihat. Harap teguran mampu menaikkan semangat untuk terus kekal relevan. 

Tahun 2015 juga, sempat juga menjeling beberapa usahawan yang membuat kemunculan semula. Tahniah dan selamat menyertai semula. Ada yang dihalangi faktor kesihatan, malah kewangan tidak terlepas, mencari satu solusi penjenamaan semula.


Pelarikjohor tidak berkesempatan untuk singgah lama, tapi tapak niaga dijaga oleh rakan niaga, Warisan Tenang. Terpaksa pulang pada hari pertama untuk menyiapkan tempahan.

Hari yang dinanti.




Susun atur khemah tahun ini.

Dapatkan Risalah Panduan (Guide Leaflet) secara percuma. Ada butiran peserta yang terlibat.

25 Mac malam tiba lewat, petugas PKKM sedang bekerja lewat untuk urusan pendaftaran.

Inilah keadaan gerai Permata Ilham Larik a.k.a pelarikjohor. Khemah B Lot RKH 025

Masa untuk menghias gerai. Kemas sampai pukul 12 malam.
Usahawan lain dari Labis, Johor yang turut tiba malam pra HKK...

Satu lori untuk 13 hari berkampung di ibukota.

Yoo Airani. Khemah B, Lot RKH 05

Kayu Warisan. Khemah C Lot RKP 09.

Apa yang terjadi pada hari pertama? Jom lawat lagi.


Khemah A

Usahawan Johor. Kompang Baki di Parit Jawa. Pagi lagi sudah sibuk layan tempahan ke? Haloo.. Gerai Pamerkraf. Kongsi tempat.

Usahawan Johor juga, Wandarisnor dari Jaybee. Muda dan berbakat gitu. Huikzz.

Usahawan Johor juga. Aril Capal tercampak jauh di khemah lain?

Usahawan Johor. Terompah Mastor. Aik? Nama sama arwah atuk pula.
Usahawan Johor je? Lain tak kenal sangat. Promosi sebentar rakan-rakan. Boleh kan?

Kita lihat sambutan sikit di gerai pelarikjohor dahulu. Pelarikjohor kali ini bersama rakan, Warisan Tenang, pengusaha gasing. Pusing campur kira geng larik jugalah. Bolehkan?

Hari pertama ramai yang tengok-tengok dulu.

Tengok gasing.

Orang lama tengok mangkuk tingkat, mulalah cerita nostalgia.

Ini ada royalti tak ambil gambar? hukz..

Pelancong asing ingat main gasing pakai bateri ke? Tak caya boleh tengok.

Dari U.S katanya. Ku tanya apa khabar...

Baiklah. Giliran kita lihat kawasan atau gerai rakan-rakan kraf yang lain. Ada pelbagai gelagat untuk dikongsi.

Pelancong Antarabangsa tahun ini agak menyerlah.

Hasil Logam senjata tradisional.

Perhiasan diri. Orang perempuan memang rambang mata.

Tekun dan khusyuk walau dikerumun.

Lawan boroi ke tu? opss.

Ada perkampungan orang asli. Baru ni.

Demontrasi masakan pun ada.

Suasana macam kenduri pun ada.

Yang ni mai dari utara. Tu dia kalau habaq...

Tak tahu tanya pengusaha. Banyak tips boleh dikongsi.

Hendak mana satu? Tunjuk. Tengok dahulu sampai puas sebelum membeli.

Kalau tidak percaya boleh cuba.

Gasing Lagenda dari Melaka. Kita lihat siapa kena 'hawau' dahulu.

Aksi usahawan menunjukkan hasil kerjanya. opocot.
Orang Asli Mah Meri yang terkenal menunjuk bakat.
Promosi Kerja Kahwin pun ada. Bertembung.

Nak cari inspirasi kawin lagi? Boleh. Tanggung sendiri.

Suasana landskap menusuk lipatan sejarah?

Ini dia rakan larik dari Pahang. Banyak mangkuk dari kayu akasia.

Yang ini dari Kuala Kangsar, Perak. Kali pertama katanya. Murah harganya. Harga sesi perkenalan. Rebut selagi stok masih ada.


Sebenarnya pelarikjohor cuma ada pada hari pertama. Ramai juga pelanggan setia cuba menelefon dan sms tapi jangan risau. Siap sahaja tempahan.Bolehlah bertemu bertanya khabar.

Buat rakan usahawan. Selamat berurus niaga. Berikan khidmat terbaik pada pelanggan.

Jumpa lagi jika ada siri dua. Itupun jika berkesempatan dan punya kerajinan.


LUASKAN KUASAMU JOHOR
TANAH TUMPAH DARAHKU





Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja