Projek Tunjuk Langit Labis
Projek Tunjuk Langit Rumah Teres.
Di Malaysia, rumah melayu dikatakan mempunyai 3 elemen penting.
- Tiang
- Dinding
- Bumbung
Artikel kali ini mengenai larik dibumbung. Tunjuk Langit. Tunjuk langit ini ada empat segi dan bulat. Terletak di bahagian kuda-kuda atau kaki kuda-kuda.
Kuda kepang? Jauh sekali bukan.
Kenapa tunjuk langit? Agaknya mungkin tiang itu seperti menongkat langit? Sejarah lampau tidak berapa tahu sangat.
Pelarikjohor bukanlah pandai sangat bertukang. Tapi jika ada berkaitan larik mungkin bolehlah mencuba. Tapi apa yang ingin dikongsikan kali ini bukanlah seluruhan projek.
Cuma buat bahagian tertentu sahaja. Kontraktor yang pasang. Tunjuk langit sahaja.
Sebenarnya pada mulanya, tunjuk langit ini malas hendak buat. Apatahlagi jika ada berpasang, ada ibu atau anak. Semua kena buat sama.
Lihat sedikitlah apa yang hendak dikongsikan.
Inilah rumah yang dalam proses pembinaan. |
Rumah ini dua buah tapi dicantum dengan rumah teres penjuru. |
Keadaan rumah yang masih dalam proses. Tiang di atas bumbung itu akan menjadi mercu penyeri. Seperti jari menunjuk langit. |
Jadi, perlu kembali ke bengkel untuk membuat tunjuk langit.
Biasanya kita guna kayu keras. |
Kayu yang sesuai Chengal, Merbau, Giam atau Resak pun sesuai.
Untuk 'ibu' (main, big) 4x4 inci dan lebar 2 1/2 kaki (feet) tau lebih. Untuk 'anak' (small) 3x3 inci dan 2 kaki pun memadai. Bergantunglah kepada permintaan.
Bulatkan dahulu. |
Membentuk. |
Hampir siap. Rekaan kali ini buat lain sikit. Selalu tajam. |
Itulah hasilnya. |
Sudah siap, serah saja pada jurubina untuk pasang di bumbung. |
Sayup kelihatan dari jauh. |
Rumah moden tapi identiti tetap menebal. Tunjuk langit sepadan digayakan dengan 'Teban Layar'. |
Masa buat nampak macam tak anggun, tapi bila sudah siap dipasang. Tumpang bangga pun ada. Hehe |
Baiklah setakat ini hendak dikongsi.
Jumpa lagi.
Assalam..tau x kat mana boleh beli tunjuk langit ni? Ada kenal mana2 supplier atau tukang kayu? Nbr saya..0192056272
ReplyDeleteW'salam.. saya ada buat.
Delete0163611101 Amzari
pelarikjohor@gmail.com
facebook likes pelarikjohor
Pusat Kraf Labis (berhampiran Kolam Air Panas)