Posts

Showing posts from March, 2018

Cahaya Lariks - Lampu Meja

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi dalam penulisan kali ini. Terima kasih kepada yang sudi dan rajin membaca blog ini.  Pejam celik lama juga sudah menulis blog ini. Malangnya, tidaklah sekerap mana. Artikel selama ini agak beberapa kerat sahaja. Tapi syukur, masih terdapat juga, ramai yang memberi reaksi sama ada laman sosial atau terus menghubungi nombor telefon atau aplikasi 'Whatsapp'. Terima kasih. Kali ini apa yang ingin dikongsi ialah sebuah rekaan yang diberi kepercayaan oleh Kompleks Kraf Johor, melalui pegawai perekanya, Encik Aizat bin Sahaharudin.  Rekaan ini ialah pada sekitar bulan Oktober 2017. Ketika itu, sebenarnya telefon bermasalah. Al-maklumlah mempunyai anak kecil. Namun, tidaklah sukar untuk menghubungi, terutama aktif dilaman sosial facebook pelarikjohor . Baiklah. tanpa membuang masa. Jom lihat bagaimana proses pembuatan ini terhasil. Lakaran awal yang diberikan.