Posts

Showing posts from December, 2016

Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2016

Image
Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2016 24 - 27 November 2016 10 Pagi - 10 Malam Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka, Malaysia Anjuran : Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Assalamualaikum dan salam sejahtera, Memanjat syukur penulisan kali ini, berkongsi tentang aktiviti luar promosi dan jualan bersempena SDSI satu lagi acara tahunan terbesar ditunggu oleh para usahawan.  Bukan mudah untuk menyertai kerana peluang ini selalunya perlu ditapis juga penggiliran setiap tahun.  Kali ini, Permata Ilham Larik Enterprise (2009) atau pelarikjohor terpilih buat kali pertama. Perkara pertama, merakamkan jutaan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) bermula dari Cawangan Johor yang memilih dan memberi kepercayaan. Terima kasih kepada PKKM dari ibu pejabat (Kuala Lumpur) yang memberi laluan.  Tidak lupa, PKKM Cawangan Melaka yang menjadi tuan rumah menjaga usahawan kraf berjalan