Posts

Showing posts from December, 2014

UTHM merentasi Felda Tenang, Labis

Image
11-13 DISEMBER 2014 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN (UTHM) DAN KHIDMAT MASYARAKAT HARI PENEROKA FELDA TENANG (FELTEN) BERTEMPAT DI FELDA TENANG, LABIS JOHOR DARUL TAKZIM Pejam celik rupanya sudah hampir kepenghujung 2014. Cepatnya. Sebelum itu ada lagi kisah hendak dikongsikan. Pada 11 Disember 2014 pelajar dan penuntut UTHM telah singgah berkampung di Felda Tenang, Labis. Sebenarnya tidaklah tahu sangat terperinci mengenai kehadiran penuntut dari Parit Raja, JDT ini terutama tentatifnya. Maklumat yang diberikan persediaan kemungkinan pelajar akan datang ke bengkel kraftangan. Mengenai atucara keseluruhan tidak tahu sangat. Ikut sahajalah pihak penganjur. Kurang lebih ceritanya program anak angkat. Kebetulan pula Hari Peneroka Felda Tenang bercantum tarikh. Sekali langsung senang. Tidak banyaklah dapat dikongsi sangat kerana lebih sibuk layani tetamu dibengkel. Lagipun mereka sudah dipecahkan beberapa kumpulan kecil untuk menumpukan satu sahaja bidang. Ada kumpulan ya