Johor Wood and Lifestyle Fair 2016

JOHOR WOOD & LIFESTYLE FAIR 2016
10 - 13 OGOS 2016
GALERI GLULAM, TAMPOI, 
JOHOR BAHRU, MALAYSIA.
9.00 PAGI - 5.30 PETANG
ANJURAN : MALAYSIAN TIMBER INDUSTRY BOARD (MTIB)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bertemu lagi untuk menulis sekali lagi mengenai promosi dan jualan mengisi ruang aktiviti luar kali ini bersama MTIB. Jarang benar. 

Khabarnya ini kali kedua penganjur cuba mengetengahkan usahawan kayu (perabot & pks) yang berdaftar dibawah MTIB. 

Baiklah kita tinjau apa yang telah berlangsung selama tiga hari.

Selamat Datang



Lokasinya dalam bangunan milik MTIB caw Johor

Ini selingan dalam dewan galeri tapi bukan dibuat dalam ini.

Info tentang Glulam.



Bahan pomosi dan tentatif acara.
Pelan lantai dan susur atur syarikat yang terlibat dalam khemah.


Booth pelarikjohor.

Produk larik yang sempat dibawa kecuali meja.

Selain produk larik, mencuba produk lain tapi tetap berasaskan kayu.

Sambutan pengunjung juga memberangsangkan.

Penyangkut kunci banyak jadi pilihan.
Dalam pameran dan jualan kali ini, daerah kecil Labis yang terpilih dalam progaram kali ini ialah Yoo Airani, Kayu Warisan juga Permata Ilham Larik (pelarikjohor).

Mewakili pusat SDSI Kraf kayu daerah Segamat.

Yoo Airani, Kayu hanyut dan orkid jadi taruhan.

Kayu Warisan perabot dari kayu hanyut.
Jika dilihat kebanyakan syarikat yang turut serta ialah syarikat yang boleh dikatakan pengusaha perabot dan berprestasi tinggi.

Terasa macam kerdil sahaja pengusaha kraf ini. Namun, ada juga usahawan dibawah Kraftangan Malaysia cawangan Johor turut serta. Tidaklah kekok sangat. 


Pamerkraf. Muar. Pengusaha kotak cenderahati

Kompang Baki. Muar. Alat musik tradisional.

Perusahaan Daya Kraf, Pontian, Usahawan rotan.


KZ Wood. Pontian. Lampu Hiasan.

Future Seven. Hasil serat nenas.

Tunjang Bakawali. Terengganu. Ukiran.

Pengusaha di atas ini usahawan yang bukan sahaja berdaftar dengan MTIB tetapi juga dibawah Kraftangan Malaysia caw. Johor. Mereka ini sudah serasi bersama.

Manakala usahawan perabot lain pun ada bolehlah kita lihat apa yang ada.

Teringat Mawi pula.. Hihii

Perabot hiasan dalaman.

Pengunjung boleh dapatkan khidmat nasihat secara terus.

Banyak pilihan termasuk hiasan luaran dan moden.
Seterusnya kita lihat sedikit ruang pengisian program sedikit secara sepintas lalu.

Turut merasmikan program, Menteri Besar Johor, Dato Seri Khaled Nordin.

Upacara simbolik menanam pokok.

Kehadiran Foodtruck.

Mini bengkel untuk D.I.Y kepada pengunjung.

D.I.Y percuma, buat dan bawa pulang hasil kerja sendiri.

Kuiz bertulis di meja penganjur. Cenderahati menanti setiap hari.

Mengenali gaharu dan peluang perniagaan dibawa oleh penganjur.
Baiklah setakat ini sahaja yang ingin dicoret untuk penulisan kali ini.

Tahun ini, aktiviti luar memang tidak banyak untuk dikongsi.


Habis jualan 13 Ogos 2016 sempat juga melencong ke Stadium Dato Hj Hassan Yunos di Larkin. JDT 4 - 1 PDRM.

Jumpa lagi artikel lain dan terima kasih kepada yang sudi membaca.










Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja