Kursus eUsahawan Desa #youcanduit 2016
KURSUS eUSAHAWAN DESA 2016
29 - 30 JULAI
KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT BANDAR PUTRA
ANJURAN PERBADANAN EKONOMI DIGITAL MALAYSIA (MDEC)
BERSAMA KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT
#youcanduit #eusahawanMy
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Pertama, memohon maaf kerana jarak mengemaskini laman blog ini agak terlalu jarak. Penulisan terakhir pada bulan Disember 2015 dan kini pula penghujung Julai 2016.
Bukannya tidak aktif lagi tetapi semenjak komputer sudah rosak, laman sosial facebook sahajalah jadi tempat paling pantas berkongsi maklumat. Jadi, jangan lupa untuk like facebook pelarikjohor.
Terima kasih jika masih ada yang rajin meninjau juga menjadikan blog ini sebagai rujukan pencarian pembaca.
Baiklah, tanpa membuang data dan masa, pelarikjohor kali ini ingin berkongsikan satu aktiviti luar dan kursus yang baru berlangsung.
Terma dan Syarat |
Mula-mula terperasan dipeti televisyen satu pesanan penaja untuk menambah pendapatan rakyat Malaysia. Tertarik dengan itu, pencarian #youcanduit melalui google.
Matlamat #YOUCANDUIT merupakan kempen digital untuk meningkatkan pendapatan
tambahan dari kalangan rakyat Malaysia melalui inisiatif digital eRezeki
dan eUsahawan.
Terdapat dua kategori yang ditawarkan. eRezeki dan eUsahawan yang boleh dibaca melalui laman rasminya youcanduit.mdec.my atau klik sini untuk pautan youcanduit mdec
Manakala borang boleh juga terus diiisi secara online Program eUsahawan.
Bolehlah isi dan tunggu untuk panggilan. Sms akan dihantar sekiranya untuk lokasi yang terhampir. Sekiranya terasa jauh dan tidak berkesempatan atau pertanyaan akan tertera nombor telefon yang perlu dihubungi. Jangan risau.
Pelarikjohor pada awalnya dapat di Kolej Komuniti Segamat 2 pada bulan puasa dan agak jauh, terpaksa menolak tapi dapat juga panggilan seterusnya di Kolej Komuniti Bandar Putra tidaklah terlalu jauh dari Labis.
Kolej Komuniti Segamat Bandar Putra |
Berlangsung 2 hari. 9 pagi - 5petang. Tiada penginapan. Di Johor, Jumaat dan Sabtu adalah cuti hujung minggu.
Pengajar Puan Norhamizah Binti Rusli |
Kelas dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai Keusahawanan KKS dari mula hingga akhir.
Kemudahan makmal komputer di sini disediakan. Tempat lain tidak pastilah. |
Komunikasi dua hala. Peserta boleh mendapatkan lebih perhatian. |
Sipnosis dan sepintas lalu silibus pengajaran untuk kursus ini. Boleh dikatakan lebih kepada aspek pemasaran dalam menguasai dunia digital.
Menyentuh kepentingan mempunyai akaun laman sosial seperti facebook dan instagram. Langkah strategi menarik minat pelanggan.
Bagi yang mempunyai facebook, satu langkah pemasaran ialah menggunakan "fb ads", pengguna boleh menggunakan hebahan secara berbayar supaya sasaran bersesuaian dengan jenis perniagaan. Bergantung kepada bajet, keupayaan sasaran pengguna boleh dihadkan secara fokus lokasi, umur juga beberapa yang boleh dilaraskan.
Selain itu, suntingan gambar secara atas talian bagi mengubah persepsi produk juga perkhidmatan ditawarkan.
Contoh.
Gambar asal. |
Selepas disolek. |
Disarankan supaya membawa gambar yang dijangkakan perlu untuk memudahkan 'ujikaji' dilakukan. Boleh dimuatnaik bagi tujuan hebahan.
Alhamdullillah rezeki. Sarapan, tengahari & minum petang. |
Setiap majlis ilmu sebegini sebenarnya ada benda yang baru walaupun hari-hari guna laman sosial, cuma kaedah diterapkan supaya lebih komersil dalam kursus kali ini.
Saranan untuk yang rasa perlukan khidmat latihan lebih praktikal, kelompok kecil juga berkongsi kelebihan masing-masing dalam berkongsi pengalaman bolehlah mendaftar.
Apa yang diajar bukanlah satu paksaan tetapi boleh dilihat satu alternatif untuk berjaya mengikut kesesuaian.
Maklumlah, ada suka menulis, ada suka bergambar. Tidak kurang selesa menggunakan komputer ada juga selesa dengan telefon pintar.
Secara keseluruhan, bagi yang sudah mesra teknologi maklumat, barangkali boleh berdikari sendiri, mungkin tiada masalah.
Selesai sudah bagi para peserta kali ini. |
Jangan lupa untuk terus mengikuti perkembangan. |
Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Wassalam.
Jumpa lagi penulisan akan datang.
Comments
Post a Comment