Papan Tanda Kedai Jahit - Puteri Nawa

Bertemu lagi dalam penulisan kali ini.

Sebenarnya kurang pasti sama ada mahu atau tidak untuk berkongsi bersama semua diluar sana.

Untuk produk kali ini, bukanlah dalam bidang kebiasaan yang pernah dilakukan. Maklumlah, kita ini lebih dikenali sebagai 'kaki larik'. 

Ini adalah permintaan bekas rakan serumah dahulu ketika era kuliahan di ibu kota. Permintaan untuk membina papan tanda untuk kedai milik warisan keluarga di negeri Bawah Bayu.

Mulanya agak berat kerana tidak pernah buat. Tapi bila mengenangkan persahabatan, lama pula tidak bersua. Apa salahnya mencabar diri.

Bertugas di ibu kota, beliau yang kini juga macam 'beliau-beliau sudah kan', meminta menggunakan kayu yang ringan supaya mudah dibawa naik 'belon'. 


Cadangan dan permintaan asal.




Bila pandang, fikir, hendak ikut 'sejibik' memanglah susah. Apatahlagi, sentuhan tangan memanglah tidak setanding mesin.

Lagipun menggunakan kayu.

Berhasrat untuk diletakkan depan kaunter.

Bila sebut ringan, plywood adalah bahan utamanya.

Lakaran.

Ukuran lebih kurang 3kaki x 3kaki

Mesin asas guna trimmer sahaja. Tenggelamkan huruf.

Mulanya, permintaannya mudah sahaja. Tapi bila tengok petak, macam biasa sahaja.

Permintaan awalnya supaya warnanya ikut logo asal. Tapi entah mengapa, gatal pula tangan hendak buang bucu yang empat segi ini.

Buat ada ukiran sedikit.

Proses warna.

Buat dua set.

Warna merah macam tidak memancar. Kurang garang.

Sebenarnya papan tanda ini dibuat dalam tekanan masa yang telah diberikan. Tambahan pula ada kunjungan pelawat sedikit sebanyak melambatkan lagi. Waktu untuk berkursus lagi. Macam-macam hal.

Tapi inilah cabaran sebagai pengusaha kraf. Walaupun tidak berpuashati kerana sentuhan akhir dari segi warna, itulah bezanya menggunakan kepakaran manusia tidaklah sepantas kualiti percetakkan.

Namun, siap dihantar kepada rakan. Sambil tu sempat juga bertemu kembali rakan era kuliahan.

Baiklah. Setakat ini penulisan kali ini. Masa terdekat akan ada coretan untuk aktiviti luar tapi dekat sekitar Labis.

Terima kasih kerana masih setia.

perlukah penjenamaan semula?





Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja