Labis Menuju Industri Pelancongan 2015

Penggambaran Promosi Pelancongan Parlimen Labis dan DUN Tenang
02-03 September 2015
Warna Motion Picture dan Majlis Daerah Labis (MDL)


Syukur diberikan peluang untuk menulis sekali lagi.

Menjelang International Craft Festival 2015 pada 10-13 September di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, tugas kepada komuniti sekali lagi tidak diabaikan.

Ucapan terima kasih kepada Majlis Daerah Labis yang memberi kepercayaan kepada pengusaha kraf untuk menyambut program yang dirancang untuk melayan tetamu undangan khas.

Tidak lupa sokongan UMNO dan MCA Bahagian Labis yang selari menghidupkan lokasi yang berpotensi untuk dijadikan tumpuan pelancong.

Sebuah syarikat penggambaran swasta yang diberi kepercayaan oleh stesen tv tempatan, syarikat pengangkutan awam (KTMB) dan pihak berkuasa tempatan (MDL) telah memberikan satu nafas dalam usaha mempromosikan pengusaha Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang terdapat di kawasan sekitar setiap perhentian keretapi. 

Tidak terkecuali ialah Labis.

Liputan termasuklah makanan, kebudayaan dan tidak ketinggalan produk kraf.

Sebenarnya banyak tempat menarik yang telah dibawa kawasan sekitar Parlimen Labis dan DUN Tenang. 

Apa yang ingin dikongsikan disini lebih kepada pengusaha kraf di DUN Tenang ini. Maaf jika ada terlepas pandang.

Maklumlah banyak persiapan perlu dibuat tidak pula sempat hendak melaporkan kesemuanya.









Menurut sipnosis jalan cerita digambarkan, tajuk yang bakal dipilih ialah Trek & Tren. (Track & Train/Rail). Kurang lebih begitulah.  Mempromosikan setiap lokasi perhentian laluan keretapi yang boleh diangkat sebagai lokasi menarik boleh dilawati. Setiap episod 30 minit.(Tertakluk terma dan perubahan).

Jom kita lihat apa yang berlaku.

Lokasi ialah Felda Tenang.

Persatuan Gasing Pangkah Kebangsaan Felten (Felda Tenang).
Gelanggang Gasing (berdekatan padang dan rumah belia).

Lokasi pertama untuk produk kraf. Gelanggang siap menerima tetamu.

Persiapan awal seawal pukul 9.30pagi kerana jangkaan pukul 11pagi tiba.

Produk permainan rakyat jadi tumpuan. Otai masih berbisa.

Ketibaan krew penggambaran pukul 12 tengah hari.

Penerangan ringkas.

Warga felda tempatan pun semangat nak tengok.

Tanpa membuang masa penggambaran berlangsung.

Terima kasih kepada pemimpin tempatan yang turun padang.

Pengacara diajar cara bermain gasing.

Bersemangat krew belakang tabir turut mencuba.
Terima kasih juga kepada kekitangan dan pegawai Felda Tenang yang turun padang memberi sokongan moral.

Selesai penggambaran di gelanggang gasing Felda Tenang berakhir lebih kurang pukul tiga lebih, krew membuat liputan pula di Kolam Rekreasi Air Panas. 

Menghampiri pukul 5, krew ke lokasi membawa lokasi kraf lain.

CHIK MAN NURSERY
PERUSAHAAN TANAMAN ORKID
NO.8, JALAN ISMAIL ARIFFIN,
PEKAKN AIR PANAS, 85300 LABIS, JOHOR 
016-9043238 (AZEMAN)

Pengacara secara spontan tanpa skrip.

Pengusaha pun sempoi.

Biasalah, sesi temuramah.

Sambil krew sibuk, pekena kopi tuan rumah siapkan.

Wakil pihak berkuasa tempatan MDL setia dari pagi sampai petang.

Menghampiri pukul enam petang, penggambaran ditangguhkan untuk rakaman melibatkan kraf sekitar Labis.


*******

03 September 2015. 

Rakaman bersambung di lokasi pembuat kraf kayu perabut.

KAYU WARISAN ENTERPRISE
(JR0038702-X)
LOT 5905, JALAN SAWAH BARU, PEKAN AIR PANAS,
85300 LABIS, JOHOR 
012-7542897 (WATI)


Menunggu ketibaan. Ikut jadual pukul 11pagi.

Tiba jua. Pukul 1petang. Tetap setia menunggu.

Tiba pun lewat, isi tenaga dahulu. Kayu Warisan menyajikan apa yang ada.

Ketua Kampung Felda Tenang diberi ruang untuk mengisi slot.

Pengusaha sudah bersedia menjual ayat.

Proses pembuatan

Gambar kenangan di Kayu Warisan.

Selesai di Kayu Warisan mereka ke Kampung Tenang untuk melihat juga merasa produk makanan tempatan pulut periuk kera.

Selesai makan, jadual terakhir di Labis ini ialah 

Pusat Pembuatan & Jualan Kraf Labis di Kolam Air Panas
019 - 7317061 (MOHD. YUNUS)


Lokasi terakhir penggambaran kraf di Labis.

Memperkenalkan hasil himpunan produk pengusaha kraf sekitar.

23 Mac 2014, rumah kraf ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor dan diberi kepercayaan oleh MDL untuk dijadikan ruang pameran pengusaha kraf tempatan menampilkan hasil pembuatan masing-masing. Imbas kembali berita perasmian

Terdapat produk sesuai untuk pengunjung buat kenangan.
Tandatangan sebagai kenangan.

Gambar Kepingan Terakhir Krew bersama cenderamata tempatan.


Syukur. Selesailah kunjungan pelawat dari pengamal media. Seterusnya mereka akan ke Bekok dan Kluang.

Harapan supaya industri pelancongan akan memberikan impak kepada warga Labis dalam mencari peluang terutama menaikkan sumber ekonomi dan kemajuan.

Mudahan setelah pengunjung mula bertambah, warga tempatan akan terus menjaga baik nama Labis secara konsisten tidak lokek memberikan persepsi positif.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau sebalik tabir.

Baiklah. Sampai di sini penulisan kali ini.

Malaysia Tanah Tumpah Darahku,
Labis Luaskan Kuasamu,
Ayuh Johor.





Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja