Warna-Warni Aidilfitri 2015
02 - 13 Julai 2015
10 Pagi - 10 Malam
Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Malaysia
Selamat bertemu lagi. Lama betul jarak untuk menulis dan mengemaskini penulisan kali ini.
Ketika ini, Syawal telah berlalu malah promosi yang ingin dikongsikan sudah sebulan lebih.
Namun begitu, terpaksa juga gagahkan untuk berkongsi apa yang mungkin sudah ingat lupa.
Jom lihat sekitar gambar apa yang berlaku.
Kali ini, gerai turut dibantu oleh Warisan Tenang (En. Rizam) yang turut banyak membantu dari Labis ke 'kolumpo' (Kuala Lumpur).
Untuk promosi Aidilfitri semenjak 2009, Permata Ilham memang menetapkan promosi wajib dalam kalendar untuk mempromosikan produk. (kecuali 2014 ada sedikit melayan tempahan, sekadar menumpang gerai Kayu Warisan).
|
Pendaftaran oleh urus setia. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. |
|
Semuanya teratur dan penuh pengalaman. Tidak perlu kalut. |
|
En. Rizam turut serta untuk minggu pertama. |
|
Berbeza tahun terdahulu, ruang niaga dikecilkan sedikit. Maklumlah, bulan puasa penat pula berjalan. |
|
Senarai usahawan yang terlibat. Kurang lebih 250 usahawan terlibat. |
|
Tahun ini pelarikjohor merupakan satu sahaja wakil usahawan kayu? |
|
Turut dirasmikan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. |
|
Upacara simbolik dipintu masuk oleh Dato' Seri Mohamed Nazri sementara menanti waktu berbuka. |
|
|
Produk Tekstil mendominasi perkarangan tapak promosi dengan pelbagai pilihan. |
|
Gaya moden dan klasik. |
|
Sentiasa mendapat liputan media. |
|
Lupa pula hendak promosi produk sendiri. Huhu. |
|
Hamper pun ada. Senang untuk hadiah dan cenderamata. |
|
Kuih raya? Mestilah ada... |
|
Aksesori hiasan diri. |
|
Gerai jiran, usahawan dari nogori, dua sahaja berasaskan buluh dan rotan. Asyik kena sakat je dengan Juriah Kraf dan Bentara Kraf. Huikz |
Kita lihat aktiviti sokongan yang turut disediakan pihak penganjur.
|
Pengagihan bubur lambuk percuma. Khabarnya tahun ini, Kelab Kucing Malaysia dan Maggie turut serta. Terima Kasih |
|
Krew Best.fm berinteraksi dengan pengunjung. Jawab soalan dan menangi cenderahati percuma. |
|
Pertandingan memasak Resepi Bonda berasaskan daging. Tahun depan apa? Berasaskan Tauhu? huhuu |
|
Pertandingan mengacau dodol. Ini kategori pertandingan tahunan. Macam-macam perisa ada. |
|
Lawatan Bersepadu. Mana-mana yang hendak buat lawatan secara berkumpulan, pihak urus setia sedia membantu. |
Sebenarnya banyak lagi. Tapi tidak pula nak buat liputan semua.
Kena jaga gerai juga.
Terima kasih juga kepada penganjur dalam menyediakan kemudahan lain.
Termasuklah, ruang meletakkan kenderaan, Bazaar Ramadhan untuk berbuka puasa, majlis ilmu, ruang solat juga paling tidak ketinggalan terdapatnya kaunter pungutan Zakat setiap hari (2-5 petang).
Rasanya setakat inilah.
Walaupun lewat perkongsian kali ini, cuba juga untuk mencoret.
Jumpa lagi di lokasi yang sama tarikh 10-14 September untuk Promosi Antarabangsa (tertakluk pada perubahan penganjur).
Untuk maklumat lebih pantas, 'like' page pelarikjohor.
Assalamualaikum.
Comments
Post a Comment