DELEGASI KOLEJ KOMUNITI (PASIR GUDANG & LEDANG) - LABIS

DELEGASI KOLEJ KOMUNITI 
(PASIR GUDANG & LEDANG)
11 JUN 2015
11 PAGI - 4 PETANG

Syukur kepada tuhan diberi kesempatan untuk berjumpa lagi. Pejam celik hendak puasa rupanya.

Penulisan kali ini ingin berkongsi maklumat tentang program lawatan. 

Pada permulaan kisah, Encik Yunus (Yoo Airani) telah memaklumkan hajat Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG) yang telah membuat panggilan untuk membuat lawatan tapak ke tempat usahawan yang berada di Labis. Turut hadir wakil Koleh Komuniti Ledang (KKL)

Tarikh awal yang diberikan terpaksa ditunda kerana masing-masing mempuyai komitmen. Ada yang membuat promosi di luar dan ada juga terpaksa mengejar tempahan. 

Delegasi yang hadir 1 van 1 kereta dari KKPG dan sebuah kereta KKL

Tujuan utama sebenar ialah delegasi ialah membawa usahawan dari sana untuk melihat dan menimba pengalaman tentang prospek rangkaian diluar. Bagus juga. Kira dianggap 'Telangkai'.

Tanpa membuang masa dan kouta internet, kita tengok apa yang berlaku.


Katanya bertolak dari Pasir Gudang, kurang lebih pukul 8pagi. Tiba hampir pukul 11 pagi.



Lokasi awal di Felda Tenang di warung Nasal Sri Selera.Kira Warung Otai. Kalau sebut syarikat tu, terpinga juga orang kampung, sebut 'Mak Mah', senang orang tunjuk arah. Warung terawal dan konsisten zaman penerokaan pembukaan Felda Tenang.

Sampai sahaja, minum dan sesi pra taklimat ringkas secara santai oleh En. Yunus. Santai sahaja.

Selesai pekena rojak, lokasi pertama di bengkel Encik Yunus.



YOO AIRANI ENTERPRISE
(MA0130076-K)
PERUSAHAAN KAYU HANYUT DAN ORKID
NO. 1007 JALAN BALAI RAYA,
FELDA TENANG,
85300 LABIS, JOHOR DARULTAKZIM
MALAYSIA
019 - 7317061 (MOHD. YUNUS)


Di bawah bengkel En. Yunus sebenarnya terdapat usahawan lain yang turut serta membuat projek berlainan.

Antaranya 'pelarikjohor'. Huhu



PERMATA ILHAM LARIK ENTERPRISE
(JR0007096-U)
 PERUSAHAAN KAYU LARIK
1007, JALAN BALAIRAYA,
FELDA TENANG,
85300 LABIS, JOHOR D.T,
MALAYSIA
 016-3611101 (Amzari)




Ruang parkir sekarang dah selesa sikit. Bolehlah.

Selamat Datang.

Dah minta tangguh tarikh, macam inilah keadaan bengkel. Minta maaf atas kesulitan.
Lihat hasil produk.

Ruang pameran ini baru siap, belum sempat hendak isi barang. Cadang lepas raya, tidak sangka tetamu bertandang.

Terima kasih sudi singgah.

Selepas itu, tetamu dibawa ke gelanggang gasing. Permainan tradisional yang masih wujud di sini.





GASING WARISAN MELAYU
(JR0029467-K)
NO.46, JALAN KELILING,
FELDA TENANG, 85300 LABIS,
JOHOR D.T 
013-7558766 (ZULKARIN)


Tetapi selain Encik Zulkarin selaku berpengalaman, belia tempatan yang mengekori dari belakang turut ada yang menceburi bidang usahawan.



WARISAN TENANG ENTERPRISE
(JR0051491-A)
148, JALAN MELATI,
FELDA TENANG, 85300 LABIS,
JOHOR 
019-7156229 (MOHD RIZAM)



Taklimat diberikan oleh Encik Zulkarin. Selain selaku pemain skuad gasing tempatan, beliau juga merupakan usahawan.

Otai masih berbisa.

Mudahan berpuas hati.

Selesai acara melingkari dalam Felda Tenang, tetamu dibawa ke lokasi luar. Di Pekan Air Panas. Terdapat juga usahawan yang membuat pertanian.




CHIK MAN NURSERY
PERUSAHAAN TANAMAN ORKID
NO.8, JALAN ISMAIL ARIFFIN,
PEKAKN AIR PANAS, 85300 LABIS, JOHOR 
016-9043238 (AZEMAN)



Usahawan yang mendapat pemantauan.

Lokasi seterusnya.

Kembang yang mekar di sekitar habitatnya.

Santai menikmati aura flora.

Usahawan PKS di Labis sentiasa mengalukan tetamu.

Di Pekan Air Panas juga ada satu lagi usahawan yang membuat kraf perabot.




KAYU WARISAN ENTERPRISE
(JR0038702-X)
LOT 5905, JALAN SAWAH BARU, PEKAN AIR PANAS,
85300 LABIS, JOHOR 
012-7542897 (WATI)



Berehat sebentar untuk tengahari di Kayu Warisan. Terima kasih kesudian menyediakan tempat santap.


Hasil perabot dari kayu terbaik.

Pelbagai rekaan.

Cuaca hujan dilokasi terakhir agak menyulitkan keadaan. Apakan daya.

Lokasi terakhir lawatan di Labis ialah Kolam Rekreasi Air Panas. Cuaca pula hujan.

Cuti sekolah pengunjung juga agak ramai. Sekadar singgah lalu untuk melihat apa yang ada di lokasi terakhir. 


Berakhir di sini lawatan.
Ucapan setinggi gunung kepada pihak delegasi yang hadir. Mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan atau terlalu santai.

Terima Kasih kepada Kolej Komuniti Pasir Gudang sudi menjenguk.

Dapat ole-ole? Terima Kasih Daun Keladi.





Baiklah. Setakat ini yang mampu dikongsikan.

Selamat menyambut Ramadhan yang bakal menjelang. Mudahan menjadi rebutan kita menambah amalan.

P/S : Jangan lupa jumpa pelarikjohor a.k.a Permata Ilham Larik, di jualan dan promosi Warna Warni Aidilfitri di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. 2-13 Julai 2015. Jumpa di sana.....

Comments

Popular posts from this blog

MEGRA 50" UHD LED 50D1000X REVIEW

Projek Tunjuk Langit Labis

Cahaya Lariks - Lampu Meja