Kursus 'Costing' Zon Selatan 2015
KURSUS 'KOSTING' (KUNCI KIRA KOS) ZON SELATAN
28-29 MAY 2015
HOTEL PANTAI PUTERI, TANJUNG KLING, MELAKA
ANJURAN : BAHAGIAN USAHAWAN, PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA (PKKM)
Assalamualaikum, Salam sejahtera, Salam Muafakat Johor, Salam 1Malaysia.
Macam teks ucapan rasmi pula.
Setelah sunyi seketika, ada sedikit program terbaru yang ingin dikongsi kepada yang mengikuti penulisan pelarikjohor ini. Walaupun tidak konsisten tarikh penulisan, mungkin agak berat, cuba juga gagahkkan diri untuk berkongsi maklumat.
Dalam kesibukan hal pribadi, juga tempahan, mendapat pujukan untuk menghadiri sebuah majlis ilmu pada saat akhir. Oleh kerana, JDT menang 5-0 melawan Ayewadi dalam kempen AFC 2015, pelarikjohor berlapang dada menyahut pelawaan. (cuba untuk menolak tapi mujur kerja sempat siap).
Bagi peserta usahawan kraf cawangan Johor Darul Takzim, telah menghantar 4 syarikat.
1. Permata Ilham Larik a.k.a pelarikjohor
2. Warisan Tenang
3. Yoo Airani
4. Kayu Warisan.
Jika diperhatikan, 4 pengusaha ini dari Labis (sapu habis) untuk turut serta juga kategori Hasil Rimba - Kayu.
Cawangan Melaka menjadi tuan rumah untuk zon selatan. (N. Sembilan, Melaka dan Johor tetapi ada juga negeri lain turut serta).
Fokus sasaran kelompok ini ialah usahawan logam (senjata - parang/keris), kayu (ukiran/larik/perabot) dan rotan.
Motif utama ialah mencari nilai kos produk supaya mampu dijual pada harga kompetatif iaitu tidak terlalu mahal atau terlalu rendah dalam pasaran.
Kita lihat dahulu seminar yang berlangsung dan sedikit catatan luahan di akhir penulisan ini.
Ini acara tentatif sepanjang program. |
Mukadimah oleh wakil PKKM menyentuh perkara asas. |
Sesi perbincangan dua hala. |
Betul ke Bohong? |
Masuk jadual santapan, kehadiran memang tepat dan penuh. |
Pada tentantif malam, acara santai dan bersahaja dilakukan di kafe hotel. Memanggil dari kalangan usahawan kraf yang telah berjaya untuk berkongsi rahsia kejayaan.
Usahawan Johor, Perusahaan Kompang Baki dari Muar. Usahawan Muzik dan Alat Tradisional. |
Usahawan Johor, Kreatif ER dari Muar. Usahawan Kayu dan Ukiran. |
Sambil dengar ceramah sambil makan sambil tunjuk hasil produk terbaru. Sempoi. |
Hari kedua pagi disambung dengan teknik dan cara mengira kos dari pakar pengalaman dalam industri perabot.
Bermain dengan angka. |
Tekun tapi tidak pastilah bila melihat angka yang berdisplin bersusun atur. |
Turut serta Pengarah Bahagian Usahawan, Encik Zahir Bin Ahmad juga memberi ucap penutup. |
Bagaimanapun, jambangan syabas dan tahniah kepada bahagian usahawan cuba membantu usahawan tempatan bertaraf Perindusttrian Kecil Sederhana (PKS) untuk mendalami pengurusan perniagaan.
Program ini dilihat berpotensi cuma mungkin tarikh tidak bersesuaian. Maklumlah hari Khamis dan Jumaat dilihat pendek. Seakan terkejar-kejar.
Dari perspektif penyampaian pula, ayat saintifik terlalu tajam melebihi bayang-bayang orang berfalsafah yang hadir. Bukan tidak sampai bimbang tidak melekat.
Sekadar cadangan untuk masa hadapan, elok juga jika ada kursus perniagaan global. Mungkin menulis blog, membuat laman sesawang atau juga kaedah lain membolehkan usahawan kecil ini menembusi pasaran lebih luas.
Bukan apa, kita pun tidak mahu lebih kepada kursus teknikal pembuatan produk sahaja. Tidak juga sekadar berharap kepada jualan serta promosi yang dianjurkan PKKM sebagai peluang untuk menambah pendapatan.
Maklumlah, ramai pengusaha pun sudah ada telefon pintar. Tapi tidaklah mahu sekadar angkat telefon atau menggunakan pesanan ringkas sahaja.
Tapi sekadar cadangan. Jika termakbul, baguslah.
Rasanya tidak banyak untuk dibebelkan lagi. Cukuplah dahulu setakat ini.
"Don't judge the book by it cover". Maksudnya, jangankan hakim tidak mampu membeli buku. Labis - Tanjung Kling - Labis. Selamat dalam perjalanan. Mantappp. |
AYUH JOHOR
LUASKAN KUASAMU JOHOR
SALAM MUAFAKAT JOHOR
TANAH TUMPAH DARAHKU
(Petaling Street) P/s : Selamat pulang Diaz. Ale-ale...
terima kasih atas cadangan dan pandangan pihak tuan. kami dr Kraftangan Malaysia Cawangan Johor sangat berterima kasih dan maklum ttg cadangan dan komen anda. terima kasih atas komitmen anda.
ReplyDelete