Hari Kraf Kebangsaan 2015 - Siri 2 Kemudahan dan Kesudahan.
HARI KRAF KEBANGSAAN 2015
26 MAC - 7 APRIL 2015
KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
Anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM)
10 Pagi- 10 Malam.
Bertemu kembali. Akhirnya Hari Kraf Kebangsaan 2015 telah melabuhkan tirai. Acara terbesar bagi penggiat kraf tempatan telah pun berkampung selama kurang lebih 13 hari.
Untuk siri 2 pelarikjohor ingin sekadar berkongsi apa yang sempat dikongsi.
Selepas hari pertama terpaksa pulang untuk menyiapkan tempahan dan kembali semula pada hari 4 April hingga hari terakhir.
Tiada liputan sangat semua acara tapi apa yang sempat sekadar mampu. Banyak khemah. Ramai penyertaan usahawan sehingga 600++ usahawan termasuk promosi Kerja Kahwin yang dilakukan serentak.
Ada pelanggan dan pengunjung kata meriah sangat dan agak luas untuk meneroka setiap pelusuk. Penat dan masa juga terhad.
Jomlah kita lihat apa ada di siri 2...
Selamat Datang |
Bagi pengunjung yang menggunakan perkhidmatan awam, 'shuttle' disediakan percuma. |
Shuttle percuma ini disediakan bagi pengangkutan awam terutama Transit Aliran Ringan (LRT) disediakan di Ampang Park, KLCC dan Menara Cosway.
Manakala mereka yang membawa kenderaan sendiri boleh meletakkkan parkir disediakan sekitar kawasan berdekatan. Shuttle juga disediakan.
Usahawan? Pun ada disediakan tetapi agak jauh di Parkir KLCC Jalan Binjai.
Cuma segelintir usahawan masih berdegil enggan beri kerjasama. Berbumbung pun tidak mahu. |
Mengenai perkhidmatan 'shuttle' ini jika ikut pemerhatian yang dilakukan terdapat 'promoter' ditempatkan di lokasi ditetapkan. Cuma apa dilihat kurang memberangsangkan untuk menarik perhatian.
Disarankan supaya 'promoter' juga menyebarkan risalah panduan pun bagus juga kepada yang lalu lalang. Pelarikjohor sengaja menguji dua lokasi. Manara Cosway dan Ampang Park.
Atau bunting itu ada gambar menarik supaya lebih membuatkan tertanya-tanya macam mana nak pergi. Tulisan sahaja, pelancong pun mungkin tidak faham nak baca. Agaknya begitu.
Sebaik ada pengunjung yang bertanya, mereka pantas menggunakan 'walkie-talkie' untuk berhubung kepada unit logistik. Cuma tidak kedengaran ialah mereka tidak meyakinkan ia adalah pengangkutan percuma. Ada juga pengunjung yang datang menunggu seketika dan berlalu (mungkin berjalan kaki).
Disarankan supaya 'promoter' juga menyebarkan risalah panduan pun bagus juga kepada yang lalu lalang. Pelarikjohor sengaja menguji dua lokasi. Manara Cosway dan Ampang Park.
Atau bunting itu ada gambar menarik supaya lebih membuatkan tertanya-tanya macam mana nak pergi. Tulisan sahaja, pelancong pun mungkin tidak faham nak baca. Agaknya begitu.
Sebaik ada pengunjung yang bertanya, mereka pantas menggunakan 'walkie-talkie' untuk berhubung kepada unit logistik. Cuma tidak kedengaran ialah mereka tidak meyakinkan ia adalah pengangkutan percuma. Ada juga pengunjung yang datang menunggu seketika dan berlalu (mungkin berjalan kaki).
Minta maaflah jika menyelinap sebagai pengunjung. Sahaja nak uji. Hehe
Bagi pengunjung yang tidak membawa tunai mencukupi. |
Aktiviti sokongan? Ada pelbagai aktiviti menarik. Cuma tak sempat sangat nak ambil gambar. Huhu.
Pameran Kucing. |
Nampak? |
Ruang pentas dan persembahan. |
Muzium juga membuat program Penerokaan Kraf Malaysia. |
Kraf dan Interaktif tidak pernah dilupakan dalam anjuran PKKM. |
Apapun Promosi dan Jualan juga tidak ketinggalan.
Jangan ingat mak cik ni tak pandai 'speaking London'.. |
Tahun ini pelancong antarabangsa nampak ramai juga. |
Bagi usahawan, siapa yang datang awal dapatlah rekaan terbaru. Pengunjung yang lewat dapatlah apa yang ada. |
Tiada GST, Kami tanggung. |
Tawar-menawar dan pintu rundingan sedia dipertimbang. Tidak perlu menunggu hari terakhir. |
Usahawan Luaskan Kuasamu. |
Rekaan tempatan buatan Malaysia. Selatan tanah air. |
Orang muda, semangat warisan. Johor juga. |
Kemeriahan dikongsi. |
Apa yang penting? Kerjasama... |
Pejam celik sudah pun dipenghujung..
Kemas jangan tak kemas. |
Cucu pun nak tolong juga ke? |
Angkat jangan curi tulang. |
Bab balik, bukan main cepat ya.. |
Pandai pasang, kenalah pandai buka... Hehe.. Lupa ke? |
Kelam-kabut nak kemas, ada juga pengunjung yang cuba untuk mendapatkan harga terbaik. Segalanya atas pintu rundingan. |
Licin. Jangan sampai tertinggal. |
Lawan siapa siap dahulu. Cepat kemas, cepat balik, cepat rehat. Huhu |
Inilah dia kesudahan dan slot terakhir Hari Kraf Kebangsaan 2015. Tinggal Kenangan saja. |
Sudah pun berlalu. Ketika hadirnya penuh dirai, pengusaha kraf terus tetap berjuang.
Terima kasih kepada semua pengunjung setia yang telah bersama Hari Kraf Kebangsaan di setiap tahun.
Sokonglah buatan tempatan. tegakkan identiti negara.
Terima kasih kepada penganjur Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) yang masih lagi gagah meneruskan usaha memartabatkan industri kraf negara yang semakin tahun semakin mencabar. Bukan mudah untuk menangani persepsi juga cabaran.
Jutaan terima kasih kepada kakitangan Cawangan Johor (PKKM), yang sedaya upaya membawa naik kraf dari Selatan.
Terima kasih juga kepada rakan usahawan yang menyokong letih perit dalam industri ini. Mungkin ada yang kalah menguasai kuasa membeli, ada yang gagah mempertahankan legasi adat dan budaya. Liku ini semuanya lebih kepada pengorbanan. Memang adakala tidak setimpal.
2016 pastinya lebih penuh cabaran.
Jumpa lagi jika ada kesempatan.
Luaskan Kuasamu Johor. Tanah Tumpah Darahku.
Comments
Post a Comment